Penyanyi Mas Idayu berkongsi keputusan berpisah dengan bekas suaminya iaitu Muhammad Sufian Che Isa dibuat setelah memikirkannya masak-masak.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas dua tahun usia perkahwinan yang dibina mereka.
“Saya mengadu kepada Allah dan minta berikan saya petunjuk sebelum membuat keputusan berpisah.
“Dua tahun saya bertahan dan saya sayangkan perkahwinan ini tapi saya rujuk kepada kadi yang nikahkan saya, ustaz serta mutawif dan saya layak bukan suka-suka.
“Saya solat istikarah setiap malam untuk minta petujuk malah sejak bulan rejab saya sentiasa bersujud meminta pertujuk Allah,” katanya kepada GayahIsTyping

Mas Idayu yang lebih mesra disapa Mummy berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharu berjudul Air Titik ke Batu yang berlangsung di Rusa Cafe.
Bercerita lanjut, Mas Idayu memberitahu dia sendiri memfailkan penceraian tanpa pengetahuan bekas suami namun dia tidak pernah menyorok kedatangannya ke mahkamah bagi memudahkan urusan penceraian itu.
“Saya tuntut cerai tak sorok-sorok tapi tak cerita pada orang, tapi Allah membantu lindungi aib penceraian saya.
“Saya tak rahsiakan kedatangan saya ke mahkamah, sebab saya pergi demi kebaikan bersama,” katanya.
Dalam pada itu, Mas Idayu mengakui dia kini menemui kebahagiaan sendiri selepas perpisahannya itu.

Dia bagaimanapun mengakui, perasaan ralat menguasai diri apabila mengecewakan peminat yang menyokong perkahwinannya.
“Saya sebenarnya tak sedih tentang penceraian saya ini. Cuma saya ralat dan kesian kepada mereka yang menaja perkahwinan kami
“Saya gembira sangat-sangat dan saya harap pihak sana pun begitu,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia juga berharap orang ramai tidak memanipulasi cerita perceraian rumah tangganya kerana mereka tidak berada di dalam situasinya.
“Untuk orang-orang yang marahkan saya sebenarnya saya yang menuntut kalau isteri menuntut cerai tanpa sebab tak bau syurga tapi saya sangat- sangat layak
“Jangan manipulasi cerita atau play victim kalau tak tahu cerita ketika saya menuntut penceraian dia tidak tahu,” luahnya.

Sebelum ini, Sufian yang juga Penerbit Eksekutif TV3 mengesahkan sudah berpisah dengan Mas Idayu pada 4 Mac lalu.
Untuk rekod, Mas Idayu dan Sufian berkahwin pada September 2022. Difahamkan mereka mula saling mengenali sejak program Mentor 3 iaitu pada tahun 2008 dan semakin akrab pada 2021. – GayahIsTyping
