May 19, 2024

Justin Bieber Bakal Jadi Bapa – Isteri Hamil Anak Pertama

Penyanyi, Justin Bieber, 30, bakal menjadi bapa dan mengumumkan isterinya, Hailey Bieber, 27, kini hamil anak pertama.

Pasangan terbabit berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran sebuah video dan foto-foto Hailey menampakkan perutnya yang semakin membesar.

Bagaimanapun, hantaran itu tidak disertakan sebarang kenyataan.

Kehamilan itu disahkan jurucakap mewakili Hailey dan memaklumkan dia hamil enam bulan.

Dalam sebuah kenyataan akhbar berasingan, gedung fesyen Yves Saint Laurent memberitahu video dan sesi fotografi di Hawaii itu dibuat sempena pasangan terbabit memperbaharui ikrar perkahwinan mereka.

Khabar gembira itu turut dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti termasuk Kim Kardashian dan Gigi Hadid.

Hailey dan Justin berkahwin menerusi sebuah upacara tertutup yang berlangsung di New York pada 2018. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts