SHAH ALAM: Jaclyn Victor mengesahkan ramalan ramai apabila diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza Musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di sini malam ini.
Pelantun lagu Gemilang itu menewaskan lima peserta lain sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro pakej penginapan dan percutian ke Paris.
Jac memberikan persembahan mantap membawakan lagu It’s All Coming Back To Me dan This Is Me serta persembahan battle rap.
Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Bob Yusof yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000 dan trofi serta penginapan juga percutian ke Dubai.
Tempat ketiga dan keempat dimenangi Shila Amzah serta Tomok dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000 berserta trofi juga hadiah sampingan.
Pemenang tempat kelima dan keenam iaitu kumpulan VE dan Hazrul Nizam berjaya meraih hadiah wang tunai RM15,000 dan RM 10,000 termasuk trofi kemenangan masing-masing serta hadiah sampingan lain.
Acara kemuncak GV9 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein yang berlangsung dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menampilkan empat juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Edry Abdul Halim selaku juri jemputan.
Terdahulu. pentas akhir GV9 turut diserikan dengan persembahan daripada alumni GV iaitu Azharina, Siti Nordiana, Naqiu, Linda Nanuwil, Sam Innuendo dan gandingan Saiful Apek bersama Yasin.
Dua diva Ramlah Ram dan Amelina juga menggamatkan suasana dengan persembahan mereka menerusi lagu dangdut Diam-Diam Jatuh Cinta, Selamat Jalan Romeo, Asyik dan Rindu. – GayahIsTyping
You may also like
-
8,000 Banjiri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire – Lahir Bakat Pelapis Industri
-
Angkara Gigitan Ziana Zain – Pontianak 200 kg Mangsa Cinta Tiga Segi
-
FYP Untuk Siapa Yang Makan Cili – Drama Band Tampil Konsert Sulung
-
Suria FM Terus Jadi Pilihan – Jelajah Suria Kuasa 2 Tawan Empat Lokasi
-
Dedah Kisah Untold Story – Wajib Tonton Teater Dang Anum Versi The Redholah