GIT MEDIA: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meminta semua peminat mendoakan dirinya segera sembuh selepas terbabit terlibat dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 14.2 Lebuh Raya Maju (MEX) semalam.
Beliau yang mengalami kecederaan termasuk bengak di kaki berkongsi dirinya dalam keadaan baik dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial miliknya.
“Alhamdlillah saya dalam keadaan baik, cuma alami kecederaan dan bengkak di kaki. Doakan saya segera sembuh ada banyak tugasan dan undangan menanti,” katanya dalam hantaran bersama anak lelakinya, Afwa.
Dalam kejadian semalam, menurut kenyataan pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti Nurhaliza yang dalam perjalanan pulang selepas mengadakan persembahan di Sepang.
“Kami menaiki dua buah kereta baharu selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia Sepang dan sewaktu melalui lebuhraya MEX (KM14.2), berlaku kemalangan.

“Kemalangan melibatkan empat buah kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti Nurhaliza dan kereta dinaiki saya serta pembantu, @cteafairuz berada berjarak beberapa kereta di belakang.
“Kami membawa Siti keluar dari kereta yang kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami.
“Siti telah ke hospital, mengalami lebam / bengkak bahagian kaki. Alhamdulillah, segalanya selamat dan terima kasih di atas doa semua,” titipnya.
Terdahulu, tular di laman media sosial foto memaparkan penyanyi nombor satu itu berada di tepi lebuh raya dalam keadaan cemas.
Manakala, menerusi hantaran Insta Story, beliau sempat memuat naik status pendek ‘Alhamdulillah.’ – GIT MEDIA
