KUALA LUMPUR : Apa lagi yang perlu diperkatakan? Cukup perdebatan siapa yang layak menjadi penyanyi nombor satu. Hakikatnya, buah hati Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan dirinya punya pengikut tersendiri.
Penyanyi lagu Menyapa Dunia itu memberitahu jualan tiket untuk konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ yang bakal berlangsung pada 9 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil telah habis dijual dalam masa dua jam, hari ini.
Dalam hantarannya di Instagram, beliau yang lebih mesra disapa Tok Ti menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang membeli tiket konsertnya.
Lebih manis, dalam nada merendah diri Siti Nurhaliza meminta maaf kepada mereka yang tidak sempat membeli tiket.
“Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuk hati terdalam.
“Maafkan saya kepada yang tak dapat membelinya. Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga.
“Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya. Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya,” katanya.
Sementara itu, Dayang Nurfaizah turut mengucapkan tahniah kepada rakan seperjuangannya itu atas kejayaan berkenaan.
Menjengah di ruangan komen, majoriti netizen meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat membeli tiket konsert penyanyi nombor satu negara itu.
Malah, ada yang meminta Siti Nurhaliza menambah satu hari lagi konsert berkenaan serta diadakan di lokasi yang lebih besar. – GayahIsTyping
You may also like
-
SFMM39: 30 Lagu Bersaing – Saingan Power Vocal & Penyanyi Baru
-
Gie Cipta Sejarah – Juara Wanita Pertama Kilauan Emas
-
Jamal Abdillah Imbau Memori Cinta Zack Azura – Konsert Istimewa Februari 2025
-
Aliff Syukri Tolak Tawaran Konsert – Fokus Perniagaan Beg Kulit Setanding Jenama Mewah Antarabangsa
-
Ernie Teruja Persembahkan Dirinya Di Aura: Ernie Zakri Live in Concert – Sufi Rashid Akui Ernie Pilihan Utama