April 14, 2024

Penyanyi Yang Juga Komposer Sepenuhnya Dominasi Top 3 AJL38

BUKIT JALIL : Lagu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Amir Jahari muncul juara Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang diumumkan sebentar tadi di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Lagu berkenaan menewaskan 11 yang lain dan membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM100,000.

Sutera ciptaan sepenuhnya Aisha Retno ditempat kedua manakala Jangan Mati Rasa Itu oleh Aina Abdul di tempat ketiga.

Lebih menarik ketiga-tiga pemenang utama adalah penyanyi dan komposer sepenuhnya lagu yang bertanding. 

Vokal Terbaik milik Aina yang mengalunkan lagunya dengan kemas dan baik serta memukau seluruh penonton.

Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Aisha Retno hasil gabungan undian juri profesional dan peminat.

Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai berjumlah RM12,000.

AJL38 diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar serta diserikan dengan persembahan oleh Ella, Datuk Zainal Abidin, Dayang Nurfaizah, Shila Amzah dan Vanessa.

Keputusan diadili oleh barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Acis, Azlan Abu Hassan, Jari, LY, Noryn Aziz, Ad Samad, Efry Arwis dan Adlin Aman Ramli. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts