KUALA LUMPUR : Demi menjernihkan persepsi masyarakat dan menghormati semua pihak, ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’ melakukan penjenamaan semula kepada ‘Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur’, yang dilihat lebih universal.
Menurut Mission Sight selaku penganjur berkata, pihaknya memilih untuk menonjolkan seni di dalam muzik itu sendiri tana menonjolkan elemen negatif dalam kalangan masyarakat
“Pihak kami sedar bahawa apabila disebut dangdut koplo sudah pasti ianya akan mendapat reaksi dan persepsi negatif dari masyarakat setempat, tambahan lagi muzik koplo jika di Indonesia diiringi tarian agak seksi,” katanya.
Tambahan lagi ini merupakan konsert dangdut berskala besar yang pertama kali berlangsung di negara ini dan sudah tentu penganjur mahu meninggalkan kenangan dan menjadi penanda aras terbaik.
Lebih membanggakan, konsert ini juga mungkin akan mencatat sejarah dan diabadikan dalam Malaysia Book of Records, sekiranya tiket habis terjual.
Menariknya, selain menggabungkan artis-artis dangdut popular dari Indonesia dan Malaysia, konsert ini juga bakal dimeriahkan lagi dengan
Festival Muzik Milenia yang bakal diadakan di perkarangan stadium MBSA Shah Alam bermula 29 September hingga 01 Oktober depan.
Lebih menarik, pihak penganjur memperkenalkan tiket harga rahmah dengan membuat pengurangan harga sebanyak 50% bersempena dengan ‘Merdeka Promo’.
Promosi ini diharapkan mampu menerapkan konsert mesra keluarga dan masyarakat.
Tiket mengikut zon sudah boleh didapati di laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/event/31151
Selain itu, untuk mempromosikan lagi dan menarik lebih ramai pengunjung konsert, turut dianjurkan beberapa pertandingan melibatkan lima negara iaitu, Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan Thailand.
Antara program yang dilaksanakan ialah Pertandingan nyanyian pencarian Raja dan Ratu Dangdut Asia, Pertandingan Dance Tanpa Gelek Versati dan One Minutes Challenge.
“Penganjur mengambil kira trending semasa, di mana muzik dangdut Koplo ini sangat popular dikalangan pengguna TikTok.
“TikTok pula merupakan platform pemasaran terpantas masa kini, maka kami mengambil peluang itu. Diharap lebih ramai yang akan menyertai pertandingan dianjurkan, secara tidak langsung konsert ini akan menjadi tular dan mendapat promosi lebih meluas,” kata penganjur lagi.
Konsert Milenia adalah gabungan Malaysia dan Indonesia dalam memartabatkan genre muzik dangdut yang merupakan muzik sealiran dua negara.
Bakal menampilkan Ratu Dangdut Malaysia, Amelina, Ani Maiyuni beraksi sepentas bersama Siti badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-kelepek dan Rheyna Morena. – GayahIsTyping