CYBERJAYA : Pelakon Nabil Aqil memilih untuk menghormati keputusan keluarga Syafiq Kyle yang membatalkan majlis pernikahnnya dengan Mimi Lana.
Dia berkata, pihak keluarga percaya Syafiq yang juga bapa saudaranya mempunyai alasan tersendiri mengenai hal itu.
“Saya hanya mengetahui perkara itu menerusi group WhatsApp keluarga dan kami semua terkejut.
“Apa pun kami semua hormati keputusan dan faham mengenainya,” katanya.
Nabil yang sedang menjalani penggambaran drama Hawt Fellas bagaimanapun berkata, dia tidak mengetahui punca majlis berkenaan dibatalkan.
“Keluarga kami memang tidak bertanya walaupun terkejut sebab tarikh sepatutnya iaitu 18 haribulan ini sudah dekat,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui pada lokasi penggambaran drama itu di DXN Cyberville di sini hari ini.
Ditanya mengenai Mimi, Nabil berkata wanita itu disifatkan seorang yang menyenangkan.
“Mimi seorang yang sangat kool dan chill. Tak nampak macam bakal makcik saya,” katanya tertawa.
Notis pembatalan majlis pernikahan pasangan pelakon filem Pusaka itu yang dibuat oleh pengurusan Mimi hanya diketahui setelah ia tersebar di media sosial Jumaat lalu. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
FestStar Influencer by Puterabell Saji Hiburan Keluarga – Makan Serta Konsert Percuma
-
PMNI Lahirkan Pendakwah Bertanggungjawab Bukannya Jadi Selebriti – Seimbang Ilmu Dunia Akhirat
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
1 thought on “Nabil Aqil Terkejut, Hormat Keluarga Syafiq Kyle”