KUALA LUMPUR : Konsultan perniagaan terkenal, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) memetrai perjanjian perfehaman (MoU) bagi membantu ahlinya mengatur perniagaan mereka.
Antara sasaran mereka termasuklah, mencapai nilai jualan mencecah RM1 juta setahun bagi kira-kira 30 ribu DPMM.
Pengerusi RichWorks, Dr Azizan berkata, beliau percaya banyak perkara boleh dilaksanakan menerusi MoU itu dalam membantu usahawan DPMM menaiktaraf perniagaan mereka.
“Paling utama kita bersama-sama berusaha untuk mengurang isu tutup perniagaan serta survival masing-masing.
“Lebih dari itu, menerusi perkongsian ilmu melalui usaha sama ini mampu membantu usahawan terbabit bangkit semula,” katanya.
MoU itu ditandatangani berhubung
polikrisis yang berlaku ketika ini sedang menekan ramai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga menyebabkan jualan merudum malah hingga ada yang tutup perniagaan.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, polikrisis yang dibangkitkan Dr Azizan adalah tepat pada masanya untuk usahawan sedar bahawa cabaran dihadapi mereka lebih besar kerana banyak faktor termasuk disrupsi teknologi, pengliberalisasian perdagangan dan juga peningkatan kos-kos input perusahaan termasuk kos buruh serta pekerja.
“Usahawan berdepan banyak cabaran ketika ini dengan kenaikan harga barangan, kekurangan bekalan bahan mentah ditambah kadar pinjaman di bank menyebabkan kos operasi sesebuah perniagaan makin meningkat,” katanya.
Tambah Norsyahrin, tekanan semasa kepada usahawan itu memerlukan perubahan dan langkah yang tepat dalam memastikan tiada usahawan tercicir dan kecundang.
Terdahulu, satu majlis menandatangi MoU antara DPMM dan RichWorks diwakili Norsyahrin bersama Dr. Azizan diadakan.
Sementara itu, Dr. Azizan memberitahu, usahawan saat ini tiada pilihan lain untuk tingkatkan ilmu, kemahiran dan strategi bagi berdepan polikrisis yang dijangka akan berpanjangan.
Katanya, polikrisis ini benar dan bukannya dibangkitkan untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama usahawan.
Sehubungan itu, Azizan memberitahu, RichWorks ambil inisiatif melancarkan program yang membantu usahawan-usahawan dalam memberikan solusi langsung kepada permasalahan dihadapi mereka dalam 10X Bina Bisnes Berjaya dari 2 & 3 September nanti. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
FestStar Influencer by Puterabell Saji Hiburan Keluarga – Makan Serta Konsert Percuma
-
PMNI Lahirkan Pendakwah Bertanggungjawab Bukannya Jadi Selebriti – Seimbang Ilmu Dunia Akhirat
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran