KUALA LUMPUR: Keletah pasangan pempengaruh dan usahawan, Aleeya Zailan dan suaminya, Azri Aziz atau Big Boss sering mencuri perhatian pengikut mereka.
Lebih istimewa, mereka sentiasa menerima hadiah ketika sesi siaran langsung dan berjaya mengutip jumlah yang memberangsangkan.
Apa yang mungkin sesetengah pihak tidak tahu, wang yang terkumpul menerusi hadiah yang diterima itu digunakan ke arah sangat bermakna bagi pasangan ini.
“Alhamdulillah ramai yang menyokong malah kadang-kadang saya sendiri terdiam dan terharu dengan sokongan yang diberikan.
“Mereka tidak lokek memberikan hadiah kepada saya setiap kali saya live dan setiap hadiah yang diberikan itu mewakili nilai ringgit tertentu,” kongsi Aleeya.
Lantaran itu, Aleeya dan suami sepakat menggunakan hasil hadiah itu untuk disumbangkan ke saluran yang sesuai.
Baginya, usaha itu juga dapat memanjangkan pahala buat pengikutnya dan dimanfaatkan sebaik mingkin.
Bukan hanya kutipan hadiah berkenaan, Aleeya dan suami turut menambah dengan jumlah peribadi daripada mereka.
“Alhamdulillah saya diberikan rezeki yang murah jadi hadiah itu saya kongsikan kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sama saya panjangkan sedekah pengikut saya kepada pihak tertentu.
“Bagi saya, apabila menderma dan membantu mereka yang memerlukan. Itulah antara kepuasan saya dan suami dapat rasakan,” katanya yang banyak membantu anak-anak dan golongan asnaf.
Baru-baru, pemilik perniagaan jenama Avenys ini mencuri perhatian apabila memasak sendiri hidangan untuk disumbangkan kepada masjid.
Aleeya dan suami, memasak sendiri 340 kilogram sambal sotong bagi penduduk menyambut sambutan Maulidur Rasul. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan
-
Yayasan Prihatin Salur RM1.5 Juta Sumbangan – Siri 25 Jelajah Ramadan Seluruh Negara
-
Yayasan Nurjiwa, Yayasan Prihatin Dan Cuckoo Anjur Majlis Silaturahim – Ceriakan Sambutan Syawal Mereka Yang Memerlukan