TAIPING: Pernah memegang gelaran sebagai pemenang Anugerah Pengarah Harapan bukanlah satu jaminan mudah untuk wanita ini berkarya, sebaliknya Tunku Mona seperti biasa akan mendalami kisah yang bakal diarahkan.
Selepas filem Redha hasil tangannya yang mendapat perhatian sebelum ini, sutradara itu kembali dengan filem Rain Town yang bakal ditayangkan pada tahun depan.
Jika dalam filem sebelum ini cabaran membesarkan anak autism menjaei tunjang cerita, kali ini Mona memilih hujan sebagai simbolik dan nilai estetika dalam karya kali ini, apa yang lebih menarik hasil karyanya kali ini menggunakan bahasa Kantonis.

“Judul Rain Town ini kerana kita menjalani penggambaran di bandar Taiping, Perak yang diketahui menjadi kawasan paling banyak menerima hujan di negara ini.
“Mengenai idea menghasilkannya dalam bahasa Kantonis ialah kepelbagaian masyarakat majmuk serta sesuai dengan japan cerita yang ditampilkan,” katanya.
Mona berkata idea dan jalan cerita filem itu diterangkan kepada pasukannya dan ditulis oleh seorang penulis skrip dalam bahasa Kantonis.
Malah, ketika kunjungan ke lokasi penggambaran baru-baru ini juga tenaga produksi dibarisi oleh pelbagai lapisan bangsa.
Bercerita lanjut, Mona berkata filem arahan keduanya itu menampilkan gandingan Chew Kin Wah yang memegang watak sebagai Chew dan Susan Lankaster (Ai Lin) sebagai tunjang utamanya.
“Pada awalnya, mesti penonton akan rasakan filem ini bercerita mengenai ‘pertaruhan hujan’ yang pernah wujud di Taiping. Namun ia hanyalah kisah permulaan sahaja kerana Rain Town mengangkat kisah keluarga.
“Watak utama dibawa oleh pelakon berbakat besar, Chew Kin Wah yang memegang karakter Chew, seorang pesara yang terlibat dalam pertaruhan hujan (rain betting).
“Chew tinggal bersama bersama isteri, Ai Lin (Susan Lankester) dan tiga orang anak iaitu Isaac (Fabian Loo), Alex (Wilson Lee) dan Ruby (Pauline Tan).
“Chew seorang bapa yang suka campur tangan kehidupan anak-anak dan membuatkan urusan keluarga mereka huru-hara. Saya percaya, banyak keluarga lain turut berhadapan dengan ibu bapa yang suka mengatur kehidupan anak-anak mereka,” katanya.
Mona berkata, antara mesej penting yang ingin disampaikan ialah ibu bapa juga harus mengambil minat dan kecenderungan anak-anak serta tidak terlalu berkeras menentukan pilihan mereka tanpa mengambil kira faktor anak itu sendiri.
Ditanya mengenai harapannya terhadap Rain Town, Mona menguntum senyum dan berkata, dia mahu memberikan fokus menyiapkan karya berkenaan.
“Insya-Allah filem ini bakal ditayangkan tahun hadapan. Sejujurnya, saya tak boleh beri apa-apa harapan untuk buah tangan kedua ini. Saya sendiri tak tahu bagaimana penerimaan Rain Town kelak, adakah ia akan pergi jauh.
“Atau adakah filem ini akan meraih mana-mana trofi, adakah naskhah ini akan mendapat pengiktirafan dan sebagainya,” katanya.
Mona sebelum ini pernah merangkul trofi Pengarah Harapan Terbaik menerusi naskhah Redha di Festival Filem Malaysia ke-29 pada 2017. – GayahIsTyping
You may also like
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists