September 23, 2023

Haiza Raya Sebulan Keliling Kampung

Nostalgia menyambut hari raya ketika kecil pastinya antara momen indah untuk dikenang, termasuk bagi artis serba boleh Haiza Hanafi.

Kala berbual santai sambil menikmati kuih raya kegemarannya seperti Tart Nenas Bunga dan Semperit, dia berkongsi dengan gayah memori beraya sakan ketika zaman kanak-kanak.

Haiza yang berasal dari Benut, Johor berkata, dia dan saudara mara sebaya ketika itu ada misi jelajah raya seluruh kampung.

“Maklumlah kanak-kanak mana tahu penat. Kami akan ronda satu kampung dalam misi mendapatkan duit raya.

“Saya ingat lagi pernah dapat sehingga RM50, memang senyum lebar. Rasa banyak sangat duit,” katanya.

Haiza tertawa besar sambil menyambung, jumlah itu terkumpul selepas misi jelajah raya hampir sebulan.

“Bukan senang ya, dekat sebulan baru dapat RM50. Itu memang kenangan yang buat tergelak bila kenangkan,” katanya.

Penyanyi, penyampai radio dan pelakon itu berkata, raya kali ini yang disambut dalam suasana PKP memang terasa lain apabila tiada orang tua di sisi.

Katanya, apa yang berlaku ada hikmah tersendiri termasuk memberi peluang kita menghargai orang tersayang.

“Pada saya juga keadaan ini mengajar kita banyak perkara baik termasuk bersederhana dalam segala hal. Macam sambut raya, tak perlu membazir yang penting disambut penuh kesyukuran,” katanya.

Haiza juga mengakui beruntung namanya sentiasa relevan dan berada di dalam industri sejak kemunculan dan bertahan.

“Semua ini rezeki dan kita perlu ikhlas dalam melakukan apa juga perkara,” katanya.

Haiza ada pesanan khas buat Geng Gayah di YouTube : gayah is typing sempena Syawal yang masih diraikan. Jangan lupa beraya dengan Haiza di Rumah Terbuka Aidilfitri Gayah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts