December 8, 2024

Hanya Tetamu Wanita Dalam NTN2

KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan selebriti Neelofa mengakui memang permintaannya supaya semua tetamu jemputan dalam Next To Neelofa musim kedua (NTN2) ialah wanita.

Dia berkata permintaan itu sebagai menghormati suaminya, Haris Ismail, seorang pendakwah bebas, serta sesuai dengan statusnya sebagai isteri dan ibu.

“Saya perlu menjaga hati suami dan memang saya yang minta supaya semua tetamu ialah wanita. 

” Lebih manis dan selesa kerana konsep rancangan ini yang memerlukan saya mendalami dan bercerita dari hati ke hati dengan tetamu jemputan.

“Yang pastinya sofa putih masih kekal untuk musim kali ini,” katanya.

Neelofa menambah, musim kedua masih mengekalkan mood yang sama dengan menampilkan pelbagai kisah menyentuh hati serta memberi inspirasi.

Berkongsi antara kisah menarik ialah termasuk menemubual ibunya sendiri Datin Noor Kartini serta selebriti yang lebih senior iaitu Ziana Zain.

“Saya memang buat home work mengenai Ziana dan saya akui kisahnya sangat menarik dan penuh warna warni.

“Kalau tanya saya, selepas mendalami dan mendekati Ziana saya mahu jadi ibu bapa Ziana yang berjaya membesarkan anak-anak mereka.

“Ibu bapa Ziana sangat memberi isnpirasi kepada saya,” katanya.

Ketua Saluran Astro Ria, Astro Prima dan Astro Warna Norzeha Mohd Salleh berkata musim kali ini menampilkan selebriti wanita yang mempunyai kisah hebat masing-masing.

“Dengan sambutan baik pada musim pertama, Next To Neelofa kembali dan kali ini hasil perbincangan kami tampilkan para wanita dengan kisah tersendiri.

“Neelofa juga berjaya membuatkan teamu selesa dan banyak kisah yang mereka kongsi secara bersahaja tanpa dibuat-buat.

“Jika ditanya mengenai air mata, seperti yang kita semua harus ingat selebriti juga manusia biasa dan tidak lari dari air mata,” katanya.

NTN2 bakal bersiaran bermula 22 Oktober ini menampilkan tetamu antaranya Datin Lisa Surihani, Tya Arifin, Mira Filzah dan Ustazah Oki. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts