October 11, 2024

Upiak Mahu Kuat Seperti TokTi

PUTRAJAYA : Meskipun tersingkir, Upiak Isil mengaku dia tidak sedih kerana sudah memberikan persembahan terbaik sepanjang perjuangan di Gegar Vaganza Lapan (GV8).

Wakil dari Indonesia ini menganggap rezekinya sudah tertulis hanya sehingga ke minggu keenam dan dia menerima dengan hati terbuka.

Bertemakan Langkah seiringan (berduet dengan penyanyi-penyanyi muda), Upiak yang digandingkan bersama Usop yang mendendangkan lagu Sembunyi mendapat markah markah terendah dengan perolehan sebanyak 56.3%.

Kurang serasi Upiak dan Usop. Foto: ASTRO /Azrul Rafie

Alhamdulillah. Saya berpuas hati dengan persembahan minggu ini kerana saya telah bekerja keras sejak mendapat judul lagu ini kerana saya tidak ingin mensia-siakan peluang yang saya dapat.

“Saya bercakap dengan diri saya, saya mesti jadi kuat seperti Datuk Sri Siti Nurhaliza yang yakin pada dirinya sendiri sebelum beliau naik ke atas pentas. Saya dapat inspirasi itu ketika menyaksikan persembahan Siti dan ternyata ianya berbaloi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Juri Datuk Ramli MS berkata sudah menjadi ketetapan peserta yang mendapat markah terendah akan disingkirkan apabila tiba waktu penyingkiran.

Lantas, tidak ada isu meskipun beza markah terlalu nipis seperti yang berlaku antara Upiak Isil dan Bandi dengan perbezaan mata 0.1.

“Juri ikut ketetapan yang sudah dibuat. Mereka yang dapat markah terendah, akan disingkirkan,” katanya.

Suki dibantu Khai Bahar unggul dengan markah tertinggi.

Ulas Ramli, pasangan duet juga memainkan peranan dengan menyumbangkan 20 peratus markah dan hal itu tidak memihak kepada Upiak.

Dia seperti menyanyi masing-masing. Tak nampak duet pada mereka serta ada beberapa perkara yang membuatkan mereka tidak dapat markah yang banyak,” katanya.

Adibah Noor dan Ali Masdo juga memberikan persembahan menarik.
Juri jemputan minggu ini.

Selain Ramli, dua juri tetap lain yang mengadili GV8 ialah Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. Manakala Jennifer Thompson pula juri jemputan pada kali ini. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts