January 19, 2025

Ruang Terbuka Adriana Adnan – Musim Kedua Dengan Kisah Masyarakat

Pelakon dan pengacara Adriana Adnan menyimpan angan untuk menampilkan kisah masyarakat yang jarang didedahkan menerusi ruang podcast kendaliaannya Ruang Terbuka bagi musim kedua yang bakal bermula tidak lama lagi.

Mengakui gembira dan bersyukur dengan musim pertama yang Berjaya mendapat jumlah tontonan mencecah lebih 5 juta orang, Adriana mengakui dia mahu menampilkan kelainan selari dengan konsep podcast miliknya itu mengupas apa saja isu yang berlegar dalam kehidupan sekeliling.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir sebagai tetamu saya pada musim lalu dan saya juga tidak sangka mendapat sambutan serta maklum balas yang positif.

“Sebab itu utuk musim kedua ini saya beritahu pasukan dan pengurusan saya, saya mahu kisah yang lebih menarik untuk dipaparkan dan tetamu yang jarang diberikan perhatian atau peluang untuk bersembang,” kata selebriti jelita dan menyenangkan ini.

Mengimbas episod lalu, kongsi Adriana kupasan bersama Liyana Jasmay dan Syamimia seorang pemegaruh media sosial antara yang memberikan kesan kepadanya.

“Banyak pengalaman mereka kongsikan yang kalua saya tidak tanya kita semua tidak tahu. Seperti Syamimia misalnya, dia dihentam teruk namun dia sangat tenang dan ternyata pengalaman hidup membuatkan dia mampu melalui kecaman dengan baik,” katanya.

Sementara itu, pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu berkata dia juga mahu menjemput Khairy Jamaludin atau KJ sebagai tetamu Ruang Terbuka.

“KJ pun sekarang dah jadi figura terkenal atau selebriti. Jadi, saya memang teringin nak dengar cerita KJ. Saya nak korek transisi kehidupan beliau dari seorang yang formal kini menjadi selebriti termasuk peyanmpai radio,” katanya.

Ruang Terbuka merupakan podcast kendalian dan diterbitkan Adriana sendiri dengan kerjasama FYP Entertainment yang mula bersiaran bermula Mac lalu. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts