KUALA LUMPUR: Bukan hanya untuk mereka dalam kalangan ‘golongan kayangan’ jenama fesyen Rizman Ruzaini merealisasikan impain lebih ramai bakal ratu sehari dan melihatkan perkembangan perniagaan yang semakin berdaya saing kini, Rizman Ruzaini muncul dengan segmen perniagaan baharu dalam memastikan jenama ini mampu dimiliki oleh semua golongan melalui rangkaian ‘ready to wear’ (RTW).
Segmen ‘ready to wear’ atau sedia pakai ini dimulakan dengan baju kasual dan kini dilebarkan melalui rekaan baju pengantin. Menerusi RR Bridal RTW 2022/23, sebanyak 14 rekaan diperkenalkan yang termasuklah daripada rekaan klasik dan moden kontemporari.
Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, menjadi kebanggaan untuk pihaknya dapat menunaikan impian wanita di luar sana yang selama ini menyimpan impian untuk memilih jenama ini di hari penting mereka.
“Sejak bertapak 17 tahun lalu, pakaian pengantin sememangnya menjadi antara rekaan yang sinonim dengan jenama kami. Malah kebanyakan pelanggan awal kami juga terdiri daripada kalangan bakal pengantin. Walaupun tidak dihasilkan dalam kuantiti yang banyak tetapi pakaian pengantin rekaan Rizman Ruzaini seringkali menjadi pilihan mempelai terutamanya golongan selebriti.
“Tidak dinafikan, apabila melihat golongan selebriti dan orang ternama memilih jenama kami di hari perkahwinan mereka, ada antara orang ramai teringin untuk menyarungkan Rizman Ruzaini. Maka, kerana itulah munculnya RR Bridal RTW 2022/23 sebagai tanda kasih-sayang kami kepada mereka untuk tampil paling menawan pada harga mampu milik di hari bahagia nanti,” katanya.
Walaupun dijual pada harga mampu milik, namun kualiti koleksi ini dikekalkan pada tahap premium. Antara material yang digunakan dalam rekaan ini ialah songket, heavy ghughori, sifon, taffeta, pleated net dan renda. Warna-warna yang dipilih pula hanyalah daripada rona putih, silver dan keunguan untuk mengekalkan ciri-ciri pengantin malar segar, suci dan manis.
“Berbeza dengan Rizman Ruzaini, segmen atau jenama RR ini kami peruntukkan untuk pengeluaran yang lebih besar. Harga helaian RR Bridal RTW 2022/23 bermula daripada harga RM699 hingga RM1499. Walaupun berstatus RTW, untuk koleksi ini, pakaian hanya akan disediakan selepas mendapat pengesahan pesanan.
“Tetapi jangan risau, pesanan hanya akan mengambil masa dua minggu sahaja untuk disiapkan dan sampai kepada pelanggan. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang kami, rizmanruzaini.com,” katanya lagi.
Koleksi ini turut mengenengahkan Raysha Rizrose sebagai ‘muse’ mereka. Ternyata pemilihan ini bukan sesuatu yang mengejutkan, memandangkan jenama ini pernah bekerjasama dengan beberapa selebriti tempatan lainnya seperti Amyra Rosli, Zahirah Macwilson, Nelydia Senrose dan ramai lagi. – GayahIsTyping
You may also like
-
Liza Aziz Juara GV 11 – Tampil Persembahan Memukau
-
Kempen ONEXOX Lucky Angpaw Huat Ah – 2.5 Juta Pelanggan Berpeluang Menang Hadiah RM8,888
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah
-
Anak Seni Dan Pendidikan – Haris Embong Yakin Ilmu Mampu Tingkat Kredibiliti Serta Kualiti Seni