KUALA LUMPUR : Bagi wanita ini, tidak ada rasa terkilan meskipun pernah menolak tawaran berlakon daripada produksi Hollywood.
Aktres dan penerbit Puan Sri Tiara Jacquelina berkata dia enggan menimbulkan masalah kerana perbezaan budaya yang pasti akan tercetus.
Malah, dia seboleh-bolehnya enggan menyusahkan produksi sekiranya ada tawaran kerja yang diterima perlu ditolak ekoran babak-babak yang kurang sesuai dengan cara hidup orang Asia.
“Pada waktu tu terfikir kalau mereka suruh buat babak bercium macam mana?
“Takkan saya nak bagitahu tak boleh pula. Saya jenis ketinggalan zaman (old fashion). Mungkin tu jadi faktor penghalang tapi saya tak terkilan,” katanya.
Menurut Tiara, tawaran ke Hollywood tidak pernah putus bahkan peluang itu masih hadir hingga ke hari ini.
“Nak kata tawaran, memang sampai sekarang ada saja pihak atau agen yang mendekati dan meminta saya hadir untuk sesi uji bakat watak orang asia di Hollywood,” katanya.
Tiara berkata demikian sewaktu sesi IG Live melalui akaun Instagram Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) malam tadi.
Wawancara itu sebagai usaha menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung 10 Disember ini.
Sesi bertajuk Aku Pelakon Terbaik itu dibawakan khas oleh Bahagian Latihan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Bermula 20 Nov lalu, sesi itu akan berlangsung hingga 29 November ini pada pukul 9 malam melalui Instagram Wartawan Hiburan
Selaku senior dan kaya dengan pengalaman, Tiara turut menitip pesan agar bakat baharu dalam bidang lakonan menitikberatkan disiplin masing-masing dan tidak berputus asa untuk belajar memperbaiki mutu lakonan mereka.
“Pelakon baru kena ada disiplin dan terus belajar tapi tak boleh cepat rasa bagus. Beratus-ratus lagi pelakon kat luar sana. Sekarang ni zaman media sosial, dah ramai pelakon cuma beza pada kualiti saja.
“Kalau pelakon tu bagus, mereka akan ada seri, orang pandang bukan sebab lawa tapi kerana kerja keras dan dedikasi yang dipamerkan,” katanya.
Menurut pelakon Ringgit Kassorga itu, dia sanggup mengorbankan kehidupan masa mudanya demi menjaga nama baik sebagai seorang anak seni.
“Jika nak kejar glamor, jadi pempengaruh sajalah. Tapi kalau nak jadi pelakon, kenalah serius lalui perit berkorban media sosial.
“Saya sendiri tak ada kehidupan sosial, pernah muda tengok orang pergi kelab, keluar setiap malam tapi saya kena disiplinkan diri daripada melakukan hal itu.
“Sebab saya tak mahu terpalit kontroversi, kena jaga imej biar bersih,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan