KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat berkongsi gambar wajah bayi lelaki, Aali Mateen yang dilahirkan pada 12 Disember lalu hari ini.
Ayda dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya berkongsi beberapa keping foto dengan kapsyen mengenai gambar terkini mereka sekeluarga.
“Us. Our first photo together. Aali Mateen pandai senyum.
“Aali Mateen swaggggg bebeh. Love @ananaylaofficial @aalimateenofficial,” tulis penyanyi lagu pencuri hati itu.
Ayda turut bertanya sama ada wajah Aali Mateen miripnya atau suaminya pelakon Nabil Mahir.
Sementara itu, Ayda ketika dihubungi berkata bayi lelakinya itu kuat menyusu berbanding kakaknya Ana Nayla.
“Saya masih dalam tempoh berpantang yang berbaki kira-kira dua minggu.
“Saya dan Nabil membuat fotografi ini sebagai kenangan kami sekeluarga. Nabil bersemangat siap botakkan kepala mahu sama dengan Aali Mateen,” katanya.
Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual