KUALA LUMPUR : Bukan hanya bersandar pada paras rupa, bakat lakonan wanita ini ternyata berada pada kelas tersendiri.
Masakan tidak, Maya Karin membuktikan apabila dia pemilik mutlak gelaran Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali.

Berdarah kacukan German, Maya rupanya pernah berdepan masalah rasa bimbang melampau (anxiety disorder) yang dihadapinya.
“Disebabkan perasaannya itu, beliau gagal mendapatkan dua watak dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan filem Crazy Rich Asian.
“Dua-dua uji bakat itu saya gagal. Saya gagal lakukan yang terbaik disebabkan anxiety.
“Tangan saya menggigil dan jadi berpeluh,” katanya dalam sesi IG Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) sempena Festival Filem Malaysia ke-31 Disember depan.
Pemilik nama sebenar Maya Karin Roelcke itu berkata, masalah berkenaan sudah dapat diatasi dan dia kini sudah boleh mengawal anxiety tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada doktor.
Lantaran, bagi pemegang peran watak hantu dalam saga Puntianak Harum Sundal Malam ini mengakui dia sudah bersedia untuk kembali mewarnai layar lakonan.
Dalam perkembangan lain, Maya yang memulakan karier lakonan pada 2000 menerusi filem Seri Dewi Malam mengakui hatinya kini sedang diintai tiga jejaka.
Jelas Maya, selepas bercerai pada 2010, beliau belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga semula.

Namun buat masa sekarang, ada dua tiga orang lelaki yang sedang cuba mendekati dirinya, termasuklah lelaki dari Australia.
“Tidak dinafikan, ada beberapa kenalan lelaki tempatan yang rapat dengan saya buat masa sekarang.
“Apapun buat masa sekarang, saya lebih senang memberi tumpuan pada kerjaya dulu. Lagipun bukan baru saya hidup solo, sudah lebih 10 tahun saya hidup sendirian, jadi tak ada masalah untuk saya teruskan kehidupan begitu buat masa terdekat ini,” katanya.
Maya sebelum ini pernah berkahwin dengan lelaki Itali, Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sebelum bercerai talak satu. – GayahIsTyping