KUALA LUMPUR : Di saat penyanyi lain memilih untuk hanya melahirkan single, Maman berani muncul dengan album berjudul Aku.
Lebih menarik, Aku lahir selepas vokalis Teacher’s Pet itu hilang kira-kira dua dekad dari radar dunia seni.
“Saya memilih untuk melahirkan album dengan comeback kali ini kerana ia satu kredibiliti bagi penyanyi senior seperti saya.
“Pada saya bila buat album banyak yang kita boleh belajar. Lagi satu kalau buat single bahayanya kalau single tak menjadi kita tidak ada lagu lain untuk diperjuangkan,” katanya kepada GayahIsTyping.
Maman malah berharap lebih ramai artis senior yang melahirkan album seperti sebelum ini.
Bukan nama asing dalam industri muzik Malaysia anak kelahiran Kota Singa ini juga pernah beraksi dalam filem Layar Lara dan menyanyikan lagu runut bunyi filem itu.
Maman juga kembali dengan imej yang berlainan iaitu bersih, intelektual dan dewasa selari dengan kematangannya di dalam berkarya.
Bercerita mengenai dirinya yang hilang, lelaki itu berkata segalanya diterjemahkan dalam tujuh buah lagu menerusi album Aku.
“Setiap garis kedutan di wajah saya membawa cerita hidup saya,” kata Maman.
Sebagai anak seni yang sentiasa mencari kelainan, Maman kembali ke persada seni dengan menggabungkan muzik dan teknologi.
Album Aku kini boleh didapati di platfom striming muzik Spotify, Apple Music, Joox dan lain-lain bermula pada 30 MEI 2023 yang lalu.
Maman juga memilih Meta Music Xtreme (MMX) untuk menjadi label rakamannya sempena kemunculan semula ini. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan