January 19, 2025

Berbaik Sangka, Pasti Rezeki Mencurah

Gayah tertarik dengan posting seorang pengasas produk LetsKudap2 di laman Facebooknya.

Benar kata Norakmah Mat Youb, pentingnya hati yang bersih dalam kehidupan. Tak dinafikan, kita cepat bersangka dan membuat anggapan. Jom kita baca coretan Norakmah

Norakmah bersama produk jualannya. Instagram: @letskudap2

Assalamualaikum,
.
Hai, buat apa hari ini?
.
Hari ini kita nak berkongsi pengalaman berniaga secara offline hampir empat tahun.
.
Bermacam-macam jenis dan ragam orang kita akan tengok.
.
Kebiasaannya, sementara menunggu orang singgah gerai, kita suka memerhati gelagat pelanggan dan peniaga lain.
.
Ada yang suka menawar harga serendah-rendahnya, ada yang sedekah baki, ada yang akan merasa semua tester yang disediakan (saya suka, sebab boleh anggap sedekah sambil berniaga), ada yang terus beli, ada yang menegur jual produk tidak bagus untuk kesihatan (terkedu sebentar), dan bermacam-macam ragam lagi.
.

Norakmah sentiasa memuliakan ibunya dan anak-anak buah.

Ada peniaga dan pelanggan sudah menjadi kawan, ada kenalan yang pura-pura tidak kenal bila lalu depan gerai, (itu adalah adat bila kita tidak aktif dalam media lagi).
.
Itulah rencah perjalanan kehidupan kita, kerana dari situ kita akan lebih kenal siapa yang ikhlas bersama kita.
.

Antara killer product LetsKudap2.

Ok, berbalik kisah awal, kita manusia kadang-kadang walaupun cuba berbaik sangka, namun ada juga terdetik dalam hati bercakap perihal pelanggan.
.
Suatu hari, masa berniaga di pasar tani Taman Melawati, nampak seorang pak cik bawa basikal, kiri kanan pemegang sangkut banyak kerepek pisang.
.
Masa tengok dia berhenti di gerai lain, terdetik dalam hati, mesti pak cik ni nak jual kerepek pisang pada aku ni, nak suruh aku beli atau tolong jualkan.
.
Pak cik itu kemudian singgah ke gerai dan tanpa merasa tester, terus borong lebih 20 bekas kecil produk #letskudap2, untuk disedekahkan.
.
Masa itu, terus rasa malu sebab berburuk sangka. Hanya memandang luaran dan terus menghakimi pelanggan itu.
.
Masa berniaga di pasar tani Kampung Melayu Subang pula, ada mak cik ni kata gerai kami dari jauh bercahaya, turun kereta terus nampak gerai kami dulu. Itu yang dia singgah nak tengok apa yang dijual.

Mak cik ni kata dia ada perjumpaan dengan kawan-kawan. Nak beli buah tangan, tapi tak tau nak beli apa, jadinya, bila nampak produk kami terus dibeli hampir semua bekas kecil yang ada tanpa meminta diskaun.
.
Inilah sebenarnya yang dikatakan rezeki. Ia tak pernah salah alamat. Yang penting kita usaha dan berdoa, kerana Allah juga yang mengizinkan semua.
.
Oklah, panjang coretan hari ini, moga boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain, dan ingatan kepada saya sendiri supaya didik hati sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.

Bersama suami tercinta, Mohd Ridza yang banyak menyokong.

Gayah doakan LetsKudap2 terus berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts