KUALA LUMPUR : Bintang K-pop Jungkook yang baru melancarkan single berjudul Seven memperkenalkan dakwaan peminat kononnya lagu itu berbaur lucah.
Ahli termuda daripada kumpulan BTS itu menjawab dakwaan dan persoalan yang dibangkitkan peminatnya selepas single itu dilancarkan minggu lalu.
“Pada saya masing-masing ada cara interpretasi sesuatu lagu dan lirik yang dihasilkan.
“Kenapa awak rasa kotor (lucah). Memang, kita boleh ada fikiran berbeza. Kalau awak dah rasa macam tu, tiada apa yang saya boleh lakukan,” katanya.
Tambah Jungkook, Seven ialah lagu yang meluahkan keinginan seseorang untuk menghabiskan waktu bersama orang tersayang selama tujuh hari seminggu.
Dia juga menekankan bahawa dirinya semakin berusia dan mahu menunjukkan sisi yang baru agar bakatnya diakui oleh lebih ramai pihak.
“Saya perlu berani dan mengubah penampilan dan muzik saya sendiri kerana jika bukan saya siapa lagi.
“Lagipun saya ada misi untuk dikenali oleh lebih ramai kelompok peminat dari negara luar,” katanya.
Dalam pada itu, Jungkook juga berharap agar ARMY (peminat BTS) supaya sama-sama menyokong kerjaya solo dan single terbaru serta bidang lain yang bakal diceburi. – GayahIsTyping