KUALA LUMPUR : Dalam kalangan netizen mula berteka teki apabila seorang jursolek berkongsi sekeping gambar Diva Ziana Zain dalam penampilan seperti seorang pengantin.
Gambar tatarias Ziana dalam persalinan putih krim dengan solekan menawan bersama lagu Syurga Di Hati Kita pada hantaran akaun Instagram Bobocinta mengundang perhatian netizen.
“Alhamdulillah,” tulisnya sambil menyebut akaun Ziana bersama tanda pagar #tilljannah.
Bobo yang sering menyolek Ziana turut berkongsi Instastory dengan sekeping foto seakan sama berlatarkan muzik A Thousand Years.
Rata-rata komen mahukan kepastian sama ada penyanyi kesayangan mereka itu bakal menamatkan zaman solo, tidak kurang juga meninggalkan komen memuji kejelitaan penyanyi lagu Madah Berhelah itu.
“Congrats kakakku?
“Kawenke? Cantik busana Kak Gee (panggilan mesra Ziana),” antara komen yang ditinggalkan.
Untuk rekod Ziana dan Armin Zaharin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 23, dan Muhammad Ammar, 19, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 15.
Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu pada Julai 2018. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya