SHAH ALAM: Pastinya pelbagai emosi larut dalam atmosfera Stadium Malawati di sini pada penyatuan kembali Awie dan Erra Fazira dalam Konsert Awie Romantika malam esok (Sabtu).
Konsert yang mula meniti di bibir peminat ini antara yang dinantikan dalam kalendar industri hiburan sepanjang tahun 2020.

Hakikatnya, kisah cinta pasangan selebriti ini paling layak digelar percintaan ikonik yang masih tiada tandingan.
Rata-rata mahu melihat bagaimana Awie selaku tuan rumah menghidupkan momen romantik bersama bekas bunga yang pernah mekar di hatinya.

Masih ingat kata pemilik nama sebenar Datuk Ahmad Azhar ini, konsert itu bukan sahaja nyanyian tetapi juga diselitkan dengan sketsa dirinya dan Erra.
“Saya terharu Erra setuju dan kami akan membawa penonton bersama-sama mengimbau kisah kami satu ketika dulu,” katanya.

Awie juga tidak menolak kemungkinan akan ada kisah yang tidak pernah dikongsi sebelum ini bakal dipersembahkan mereka berdua.
Erra mengakui teruja dengan pelawaan menyertai konsert itu meskipun risau pada mulanya kerana sudah lama tidak menjayakan persembahan pada skala besar.
“Walaupun saya sudah lama tak mengadakan persembahan dalam skala besar, tapi untuk kenangan lama saya mahu mengembalikan nostalgia peminat. Saya gagahkan diri juga,” kata primadona filem tempatan itu.

Konsert bersempena sambutan jubli perak iaitu 25 tahun pembabitan Awie dalam bidang seni itu, bakal mempersembahkan seleksi lagu dari album solonya yang bakal diiringi oleh pemuzik handalan di bawah pimpinan pengarah muzik Aznan Alias dan Firdaus Mahmud.
Sementara itu, bagi meredakan suasana romantis yang juga menghangatkan perjalanan konsert, kumpulan J-Born juga akan tampil mencuit hati penonton.

J-Born akan mencerikan suasana dalam tarnsisi perjalanan segmen persembahan konsert berkenaan.
Berikut antara penaja yang menyokong persembahan penyanyi yang sudah lebih dua dekad dalam industri ini:
1. ATIE
2. Jungle Suit
3. Jaguar & JV Bovier
4. Romantika
5. Miaow
6. Daily
7. Redbox
8. Ayaq World
9. MaTic
10. MBSA
11. POGH
12. The Pearl KL
13. Naz Karaoke
14. Straits Hotel
Gayah setuju, Awie dan Erra memang ikonik industri hiburan. Dua-dua boleh menyanyi dan berlakon dengan baik.
You may also like
-
Dana RM700,000 Menanti Pemenang AIM 24 – Perkenal Tiga Kategori Baharu
-
Gandingan Aku Ada Zaki Yamani & Putri Dahlia – Simbolik Legasi Darah Seni
-
Keluang Man Adiwira Tempatan Bakal Cipta Fenomena – Strategi Diatur Sejak Tiga Tahun Lalu
-
Lebih 15 Juta Dalam Masa Empat Hari – Ejen Ali The Movie 2 Dapat Sambutan Hebat
-
Tunggu Lapan Tahun Duet Mas Idayu – Farez Adnan Nafi Single Tiru Lagu Seberang