November 27, 2022

Sophia Liana Berbagi Dua

SHAH ALAM: Sophia Liana berkata dia dan krewnya dalam Dansa dan Sing (DDS), Budak Ngam akan terus kekal sebagai jenama dalam industri hiburan selepas tamat program itu.

Melangkah dengan bergaya ke minggu final Ahad ini, Sophia berkata dirinya dan Budak Ngam sangat istimewa kerana dia sendiri yang membentuk kumpulan hip hop itu.

Persembahan hebat saban mimggu, Sophia Liana dan Budak Ngam.

“Saya antara yang bertanggungjawab membentuk kumpulan ini dan saya akan kekal dengan mereka untuk kesinambungan genre hip hop yang saya perjuangkan,” katanya kepada Gayah.

Sophia bagaimana pun menegaskan, dia tetap bersama kumpulannya De Fam yang membawanya dikenali ramai.

Sophia berkata, kedua-duanya mempunyai genre berbeza dan peranan dirinya juga berlainan.

” Yang pasti saya tetap dengan De Fam dan saya juga bersama Budak Ngam,” katanya.

Sophia turut tidak menolak apabila ramai yang semakin mengenali dan melihat bakat sebenarnya dalam rancangan itu

Dia gembira kerana dalam DDS dirinya berpeluang menunjukkan kebolehan diri dalam pelbagai genre dan tarian.

Dalam DDS, Sophia dan krewnya menjadi kumpulan yang mendapat markah tinggi dalam kalangan juri profesional dan undian peminat.

Mendapat pujian Datuk Rizalman, Linda Jasmine dan Zizan Razak.

Wani Kayrie pula bersyukur kerana bertahan sehingga ke pusingan akhir walau sering berjuang di tahap tiga terendah dalam undian peminat.

“Saya akan terus berusaha berikan yang terbaik dan mengikut kata juri serta cuba memenangi hati peminat,” katanya.

Wani bakal mempertaruhkan lagu Kurik Kundi dalam cabaran akhir berbanding kumpulan lain yang memilih lagu moden.

Malam final bakal menyaksikan setiap pserta perlu melalui tiga pusingan cabaran termasuk battle antara kumpulan.

Wani dan krewnya, Delitz.

Gayah antara paling kerap ikut DDS dan tahniah buat Astro kerana berjaya melahirkan program ini.

Enam kumpulan kekal bersaing pada pentas akhir apabila tiada penyikiran diputuskan pada pusingan separuh akhir semalam.

Bak kata budak sekarang, jangan sembang lebih kalau tak buat apa yang peserta lalui. Pilih lagu, susun lagu, ingat lirik, cipta tarian, ingat tarian, menyanyi, kostum semua dalam masa kurang seminggu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts