KOTA BHARU: Stesen radio Gegar berjaya memikat hati kira-kira 3,000 pengunjung dalam siri jelajah enam buah pasar di tiga negeri iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Pengurus Kandungan Gegar, Raja Nadia Salwana berkata, siri jelajah yang dipanggil Jelajah Pasar Gegar Pagi itu berkunjung di tiga buah pasar pagi dan pasar malam di tiga buah negeri berkenaan.
“Kami bermuala di Kuantan, Kuala Terengganu dan berakhir di Kota Bharu menemui semua pendengar stesen Gegar yang sudi berjumpa dengan kami.
“Syukur dan terima kasih daripada kami buat semua yang sudi hadir dan menyertai aktiviti di semua lokasi yang kami kunjungi,” katanya.

Lebih menarik sebanyak RM7,200 wang tunai dihadiahkan kepada pemenang tempat pertama dan kedua dalam permainan yang diadakan bersama pendengar di kesemua lokasi jelajah itu.

Raja Nadia berkata, lokasi pasar dipilih bagi memberikan kelainan berbanding bangunan seperti pasar raya yang sudah biasa dilakukan.

Katanya, Gegar sangat dekat dengan peminat dan ramai dalam kalangan pendengar di Pantai Timur lebih gemar turun ke pasar.
“Gegar memang sentiasa mencari kelainan dalam usaha mendekati pendengar dan mahu lebih mesra dalam setiap program yang diadakan,” katanya.
Sementara itu Pengarah Dnars Gold, Iqbar Hakim berkata, selaku penaja pihaknya gembira dengan pendekatan yang dilakukan oleh Gegar.
Beliau berkata, jualan dan pengikut produknya juga mendapat impak yang positif.
“Kami gembira dan tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Gegar,” katanya.
Gayah pun nak ucap terima kasih kepada Raja Nadia dan team gegar yang sudi terbangkan Gayahistyping.com ke Kota Bharu.
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Khai AF Pengsan Tiba-Tiba – Terima Dua Jahitan Di Dahi
-
Elemen Lawak Seram Lagu Raya – ZUS Coffee Lancar Lagu Cerita Malam Raya