February 11, 2025

Oplus_131072

4ward Entertainment Guna Formula Tembusi Pasaran Seberang – Gabungan Pelakon Dan Krew Dua Negara

Dalam usaha meneroka pasaran filem negara seberang, 4ward Entertainment menggabungkan tenaga dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia dalam produksi filem terbitan mereka.

Pengarah Urusannya, Nashrul Azlee Nasir berkata formula itu perlu dalam usaha memastikan kedua-dua pihak dalam meneroka pasaran dalam menghasilkan karya lebih bermutu dan berdaya saing.

“Gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia serta tenaga produksi mereka mampu memberikan satu gandingan lebih baik sekaligus membuka jalan untuk kerjasama lebih menarik pada masa depan.

Oplus_131072

“4ward Entertainment menerusi filem bergenre seram memilih formula ini yang sesuai dengan filem corak berkenaan yang sangat sinonim dengan Indonesia. Pemilihan pelakon pula membaitkan dua nama popular Malaysia iaitu Nora Danish dan Amir Ahnaf,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Penerbit filem Terkutuk itu berkata, Nora dan Amir masing-masing memberikan komitmen baik sepanjang penggambaran di negara jiran itu.

“Saya bukanlah orang lama dalam bidang ini, namun saya bersyukur dan tekejut dengan komitmen baik yang diberikan semua pelakon, termasuk Amir. Dia bagus sebab ada inisiatif untuk isi masa dengan krew tempatan.

“Dia buat demikian sebab nak belajar cara bercakap dialek bahasa lokal. Saya terkejut dengan komitmen yang dia berikan. Sama juga halnya dengan Nora Danish. Meski dia sudah lama berlakon dan babaknya tidaklah banyak namun tetap beri 100 peratus tumpuan,” katanya.

Selain Terkutuk, filem Harimau Malaya: The Untold Journey arahan Datuk Afdlin Shauki turut dilancarkan pada Majlis Rumah Terbuka 4ward Entertainment baru-baru ini.

Terkutuk adalah kerjasama 4ward Entertainment dengan produksi Indonesia dan diarahkan Andibachtiar Yusuf. Filem genre seram itu bakal ditayangkan pada Jun atau Julai depan.

Dalam pada itu, filem Harimau Malaya: The Untold Journey pula kini berada dalam fasa suntingan akhir dan kesan khas imej janaan komputer (CGI).

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 27 Jun 2024 dan mendapat kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Naskhah ini mengangkat cerita perjalanan pemain bola sepak negara bersama kisah empat peminat tegar (Ultras Malaya). – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts