KUALA LUMPUR : Kasih sayang Allahyarham Fiza Kamarudin terus mengalir buat suami dan anak-anaknya apabila carumannya bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mebuahkan hasil.
Allahyarham Siti Nor Hafiza Kamarudin atau Fiza yang meninggal dunia di London pada Disember tahun lalu layak menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Mayat (FPM) dari Perkeso.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed memaklumkan, semakan rekod caruman mendapati arwah pernah berkhidmat di tujuh syarikat berbeza sejak Disember 2002.
“Sehubungan itu, suami arwah, Mohd Roshdi Ramli layak mendapat faedah PERKESO untuk sepanjang hayat, manakala dua anaknya diberikan manfaat sama sehingga berusia 21 tahun jika belum berkahwin.
“Faedah ini boleh dilanjutkan sekiranya mereka menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama.
“Berdasarkan rekod caruman Perkeso milik arwah, kami mendapati keluarganya layak terima bayaran berkala Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,975.00 setiap bulan dan Fardah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 secara sekali bayar menerusi Skim Keilatan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4),” katanya selepas mengadakan Ziarah Prihatin di kediaman waris di Ampang, Selangor, hari ini.
Allahyarham Fiza, 41, meninggal dunia di London ketika bercuti akibat pendarahan otak pada 28 Disember di kota London.
Arwah ke London dengan tajaan dan percutian itu adalah hajat terakhir arwah Fiza bagi menunaikan janji bersama anak iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.
Jenazah Fiza selamat dikebumikan pada Sabtu lepas sebaik tiba dari London.
Kos membawa pulang jenazah hasil sumbangan dari pelbagai pihak termasuk Tabung Bantulah Fiza oleh Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) di mana sebanyak RM50,000 disampaikan kepada waris. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
FestStar Influencer by Puterabell Saji Hiburan Keluarga – Makan Serta Konsert Percuma
-
PMNI Lahirkan Pendakwah Bertanggungjawab Bukannya Jadi Selebriti – Seimbang Ilmu Dunia Akhirat
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran