Sempena dengan acara Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) yang akan berlangsung pada 7 Disember ini, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menganjurkan sebuah program iaitu Sesi Tayangan danApresiasi Filem selama lima hari bermula pada 2 Disember hingga 6 Disember 2024.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FINAS, program ini melibatkan tayangan filem-filem yang tercalon bagi kategori Filem Terbaik untuk FFM33.
“Tujuan utama program apresiasi filem ini dianjurkan adalah untuk membuka peluang penyertaan kepada masyarakat umum yang berminat untuk mengikuti sesi tayangan dan apresiasi filem berkaitan perkongsian idea dan pendapat mengenai filem-filem secara ilmiah bersama ahli-ahli panel.
“Selain itu, program ini juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa,” ujar kenyataan tersebut.
Antara filem-filem yang terlibat adalah seperti Duan Nago Bogho, Imaginur, Mechamato Movie, Hungry Ghost Diner dan Rain Town.
Menerusi kenyataan itu lagi, program tersebut dibuat saban tahun yang mana Sesi Tayangan & Apresiasi merupakan program sisipan sempena Festival Filem Malaysia.
Sementara itu, program yang dianjurkan itu adalah terbuka kepada orang ramai dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan.
Menurut FINAS, antara intipati aturcara semasa program berkenaan adalah tayangan filem dan kemudian sesi diskusi.
“Bagi sesi tayangan dan apresiasi, antara intipati program apresiasi akan dilaksanakan bermula dengan tayangan pada pukul 8.00 malam di Hall 8, GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.
“Sebaik sahaja selesai tayangan akan dimulakan sesi apresiasi dengan Moderator dan panel-panel bersama penonton yang hadir,” ujarnya.
Pihak FINAS juga menyarankan agar pendaftaran dapat dibuat segera kerana setiap sesi tayangan dan apresiasi adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
Untuk orang ramai yang ingin menyertai program berkenaan boleh mendaftar kehadiran di pautan https://forms.gle/rwL63GvGEMY4UqUVA
Setelah pendaftaran dibuat, boleh hadir di kaunter urusetia di pintu masuk pawagam dengan membawa notifikasi yang diterima di emel pendaftar.
Di samping itu, FINAS juga akan mengadakan sesi tayangan umum filem-filem yang bertanding sempena FFM33 secara percuma bermula 30 November hingga 6 Disember 2024 di pawagam GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dan tayangan pada 1 Disember 2024 di GSC Imago Kota Kinabalu, Sabah dan GSC Spring Mall Kuching Sarawak. – GayahIsTyping
You may also like
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad
-
Kerja ‘Gila’ Awie – Bakal Persembah Lagu Level ‘TRX’ Pada Konsert TRIAD
-
KRU Bakal Tawan Axiata Arena – Reunion Peminat Menerusi Konsert GenKRU
-
Biduanita Memukau Sukma, Judika Memikat Jiwa – Pukau Lebih 25 Ribu Penonton Dengan Paduan Vokal Gemersik