April 18, 2024

Harris Asha Tunai Umrah Selepas Kahwin

SHAH ALAM: Pasangan suami isteri ini mengakui selesa untuk masing-masing terus bergelar anak emak meskipun kini sudah memasuki fasa baharu hidup berumah tangga.

Bagi Pelakon Harris Annuar dan Asha Merican yang mengukuhkan ikatan cinta mereka dengan ijab kabul Sabtu lalu, mereka bertuah kerana kini mempunyai dua orang ibu untuk disayangi.

“Saya tahu Harris memang anak mak, saya juga anak mak. Kami sama-sama anak mak dan manja. Mak Harris memang sayangkan anaknya pada masa sama juga sayangkan saya,” kata Asha.

Asha berkata demikian ketika ditanya cabarannya bersuamikan seorang anak bongsu yang juga manja dengan emaknya.

Harris dan Asha diraikan pada majlis resepsi di Magica Hall di Shah Alam pada Ahad dihadiri keluarga, teman artis dan teman media.

Ketika diusik mengenai bulan madu, Harris berkata mereka berdua akan menyelesaikan tugasan masing-masing sebelum meluangkan masa indah bersama.

“Saya akan terlibat dengan sebagai pengacara sebuah rancangan di Astro Oasis manakala Acha bakal menjalani penggambaran sebagai heroin.

“Selesai tugas kami akan mengerjakan umrah pada bulan Ogos sebelum sambung bercuti ke Switzerland, Insya-Allah,” katanya tersenyum.

Mengenai permintaan ibunya Kak Tok seorang usahawan kosmetik terkenal yang mahukan mereka lekas-lekas hadiahkan cucu, pasangan sejoli itu tertawa.

Harris berkata dia mahukan anak yang ramai sambil menjeling Acha di sisi.

“Kami serahkan kepada rezeki Allah. Kalau boleh saya mahukan anak yang ramai dan sudah bersedia,” kata Harris.

Kedua-dua mereka juga bijak menyembunyikan hubungan cinta yang terjalin sejak empat tahun lepas dan membuat kejutan dengan berita pernikahan.

Bagi Harris dia lebih selesa berkongsi apabila sudah pasti mengenai hubungan cinta mereka.

Acha menambah, semuanya sudah tertulis cantik dengan izin dari Allah bagi hubungan mereka yang sampai ke jenjang pelamin.

“Harris dah banyak kali ajak kahwin, saya sebelum ini belum bersedia. Alhamdulillah sampai masa dan jodoh kami,” katanya.- GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts