PETALING JAYA : Dua selebriti terkenal Haiza dan Muaz menarik perhatian ramai termasuk netizen ketika video lawatan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Sri Pentas semalam tular di media sosial.
Haiza dan Muaz ternyata berada dalam kelas tersendiri terutama ketika kedua-duanya menyantuni serta berbual dengan Baginda dan Permaisuri.
Aksi dan cara kedua-dua penyampai Kool FM itu menjadi perhatian kerana tertib dalam berbual dengan bahasa yang mereka gunakan.
Baik Haiza mahupun Muaz juga tidak kekok dengan protokol ketika berinteraksi berdepan pasangan diraja itu.
Muaz turut mengucapkan ucapan penghargaan kepada Tuanku dan Permasuri.
“Tuanku, terima kasih kepada Tuanku kerana memayungi kami semua. Kami rasa sangat terharu dan gembira,” katanya.
Al-Sultan Abdullah sendiri menegur dan mengenali Haiza serta berkongsi pelantun Dag Dig Dug itu ialah penyanyi kegemaran Almarhum Ayahandanya.
“Masih menyanyi? Almarhum favourite artis, selalu dapat invitation (menyanyi),” titah Baginda ketika bertemu Haiza.
Permasuri di sisi turut mengiakannya.
Pasangan diraja itu berkenan mencemar duli melawat Sri Pentas dalam kunjungan diraja semalam. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan