Al Fatihah Adiwira Hidup Yang Hebat
Pengakhiran sebuah kehidupan itu memang rahsia paling sulit kita dan Allah. Entah sesaat ke depan, yang baru kita jumpa sebentar tadi, menjadi kali yang terakhir.
Rudy Imran Shamsudin, 47, seorang insan masyhur atas usaha dan kerja kerasnya dalam dunia media dan seni.
Saya antara yang beruntung kerana diberikan rezeki dan peluang mengenalinya dengan dekat dan banyak juga mencipta memori bersama.
Orang baik-baik dijemput dengan mudah dan segala urusan lancar setenang sekujur tubuh arwah Abang Rudy atau nama usikannya Yaya antara yang rapat.
Saya kenang jasa arwah, kerana ketika mula melangkah ke ruang laporan hiburan dia antara yang memberi kredit terhadap kehadiran saya. Terima kasih abang.
Abang Rudy juga banyak memberi tunjuk ajar mengenai ilmu photoshoot di studio sebaik saya menggalas tugas mengurus muka depan akhbar hiburan. Terima kasih abang.
Abang Rudy juga banyak kenalkan saya dan berkongsi contact bagi memudahkan proses kerja serta peluang. Terima kasih abang.
Abang Rudy juga sering tanya keadaan saya apabila tugas saya di akhbar harian tamat. Juga kerap menyokong bisnes kerepek saya. Terima kasih abang.
Abang Rudy juga pernah masukkan wang ke dalam akauan saya buat arwah mak dan makcik sebaik saya bergurau di status Facebook saya. Entah mana dia dapat nombor akauan saya. Terima kasih abang.
Saya minta maaf Abang Rudy. Saya lalai. Saya tahu abang sakit. Saya tak sungguh-sungguh berusaha ziarah abang.
Saya minta maaf Abang Rudy. Saya jarang bertanya khabar. Tapi Lillahhiataala abang selalu dalam doa saya.
Saya minta maaf Abang Rudy. Saya bukan sahabat yang baik dan sentiasa ada dengan abang.
Tapi saya puas dan bersyukur. Allah izinkan saya bersama-sama mengiringi perjalanan terakhir abang.
Saya sempat sampai rumah abang saat jenazah abang diangkat ke dalam van. Saya ikut ke masjid.
Saya sempat kirimkan beberapa potong Al Fatihah. Saya juga dapat kucup dahi abang meski abang kaku terbaring.
Abang Rudy. Adik-adik abang, malaikat kecil abang iaitu Murshid, Wahi dan Sudyr jelas sungguh kasih betul pada abang.
Sudyr setia temani abang di sisi jasad kaku abang saat seorang demi seorang bertemu melempar kasih terakhir buat abang.
Abang rehatlah. Banyak yang abang sudah kecapi termasuk menjadi pendidik. Perjanjian dunia abang dengan Allah bernoktah sudah.
Selamat Jalan Lelaki Teragung. Insya-Allah kita bertemu nanti di Pintu Syurga.
Manusia Kuat
31 Mac 2022
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia