SUBANG JAYA: Quinton Academy dan Lomo Pictures dengan kerjasama Broadway Academy, bakal menganjurkan pertandingan Celebrity Superstar Asia 2022.
Uji bakat secara dalam talian dan fizikal bermula April ini dan dijangka akan mengambil masa kira-kira empat bulan sebelum mencapai kemuncak.
Mereka yang mempunyai bakat seperti nyanyian, tarian, persembahan silap mata dan berbagai lagi amatlah dialu-alukan untuk mengambil bahagian.
Antara panel hakim yang akan terlibat dalam uji bakat tersebut ialah Dr Casey Broadway, Pengasas Broadway Akademi di Malaysia, Encik Ryon Lee, penulis skrip dan pengarah filem terkenal, Ayez Shaukat, pengarah aksi terkenal merangkap pelakon dan ramai lagi.
Pengasas Bersama dan Penerbit Eksekutif Quinton Academy, Aron Koh berkata, objektif ini dilakukan bagi mengumpulkan bakat di seluruh Asia Tenggara bagi menghasilkan kerja yang lebih hebat.
“Kami percaya peluang dalam industri hiburan tidak berkesudahan. Cineplus ialah platform untuk mempamerkan individu berbakat dan program berkualiti. Kami mahu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang yang mahu mendedahkan bakat mereka bersama kami,” katanya.
Malah, pihaknya juga optimis bahawa akademi berkenaan melatih pelajar dan penghibur amatur agar mereka dapat berada pada tahap standing dengan artis persembahan dan pasukan kreatif di Amerika dan seluruh dunia.
Peserta Celebrity Superstar Asia 2022 berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM200,000 termasuk wang tunai, kursus Quinton Academy dan kontrak meneruskan kerjaya mereka dalam industri hiburan.
Pada masa sama, penganjuran Celebrity Superstar Asia 2022 ini juga antara lain dilihat mampu mengumpul sekali gus menyatukan bakat tanpa mengira bangsa.
Maklumat lanjut berkenaannya boleh didapati di Facebook dan Instagram rasmi Quinton Academy dan Lomo Pictures. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad