PETALING JAYA: Bagaikan mimpi jadi nyata itulah bermula gandingan figura cantik manis ini dengan seorang pendakwah selebriti menghasilkan telekung.
Kongsi Fazura, dia pernah menyuarakan hasrat untuk mengeluarkan telekung dan menamakan Datuk Prof Dr Muhaya sebagai rakan kongsi kepada suaminya, Fattah Amin
“Saya memang teringin sangat keluarkan telekung dan mahu bekerjasama dengan bonda (Muhaya) dan saya gembira bila bonda sendiri hubungi dan ajak saya,” katanya.
Semuanya menjadi realiti apabila baru-baru ini, bintang filem Gol dan Gincu ini melancarkan koleksi ‘Fazura x Muhayya’ iaitu kolaborasi telekung eksklusif.
“Koleksi Fazura x Muhayya ini menampilkan dua koleksi, Rindu Ramadan dan Sayang Syawal yang terdiri dari pelbagai warna-warna yang menarik sempena bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi,” katanya.
Koleksi Telekung Rindu Ramadan yang didatangkan dalam lapan pilihan warna manakala 10 warna edisi Syawal dengan gabungan rekaan berkualiti yang mudah disarung tanpa perlu mengikat tali di kepala.
Ia diperbuat daripada material Dubai fursan yang selesa, sejuk dan tidak jarang dengan kemasan ‘pleated’ di bahagian kain bawah dan hiasan di bahagian badan.
Manakala di bahagian belakang telekung pula dihiasi pula dengan rekaan ‘fishtail’ yang bergaya. Kain bawah didatangkan bersama dua poket di sebelah kiri dan kanan.
Keunikan telekung ini adalah kain bawah yang direka khas berpotongan fesyen ‘A-line’ menyerlahkan lagi gaya si pemakai serta hiasan batu kristal Swarovski di sulaman logo MF.
Ditanya mengenai harga telekung berkenaan, Fazura berkata dia mengekalkan kadar mampu milik sama seperti edisi tudung keluarannya kerana mahu semua lapisan masyarakat memakainya.
Meskipun menggunakan material premium, dia dan pasukan terbabit memastikan harga jualan berpatutan dan dapat dirasai semua.
Rangkaian koleksi telekung Fazura x Muhayya ini boleh didapati di laman sesawang rasmi www.fazbulous.com dan www.muhayyamagical.com serta melalui Fazura Besties. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan