PETALING JAYA : Komposer terkenal LY menerusi syarikatnya L.Y Music Factory mempertaruhkan dua bakat baharu Neo dan HarsonBee bagi memeriahkan lagi industri muzik tempatan.
Kedua-dua bakat itu dicungkil sendiri oleh pemilik nama Rozman Shafie di Negeri Di Bawah Bayu selepas mengesan bakat masing-masing menerusi media sosial.
Lantaran, bagi Neo dan HarsonBee peluang yang hadir sewajarnya digunakan sebaik mungkin untuk mencari rezeki dengan bakat yang dimiliki.
Masih muda dan berusia 14 tahun, Neo berikrar tidak akan mengambil mudah mengenai pelajaran yang menjadi keutamaannya.
“Saya mahu seiring iaitu belajar dan menyanyi, walau apapun saya akan berusaha belajar hingga ke peringkat universiti,” katanya petah mempertaruhkan single Oh Ibu.
Membawa genre rap, Neo selesa dengan lagu Cinderella yang dicipta khas untuk ibunya.
“Lagu ini boleh dikatakan istimewa untuk ibu saya juga kerana penulis turut mengambil masa untuk mengenali ibu saya.
“Pastinya ia juga saya hadiahkan istimewa buat peminat diluar sana terutama ibu-ibu dan berharap anda suka dengan konsep yang saya bawakan,” kata pemilik nama Mohammad Sharul Neo Morsidy ini.
Dalam pada itu Neo juga meluahkan tidak gentar atau terkesan dengan mana-mana warganet yang memberikan komen negatif terhadapnya di laman sosial.
Bagi HarsonBee atau nama sebenar Harrison Bryan, 24, dia begitu meminati bidang nyanyian dan pernah menyertai Sabah Next Top Composer untuk mencipta lagu dalam bahasa Malaysia.
“Menjadi sebahagian daripada ahli keluarga L.Y Music Factory saya berharap kemunculan single Pemilik Hatiku diterima ramai.
“Lagu ini cukup dekat dihati saya dan pasti juga kepada peminat di luar sana terutamanya mereka yang sedang bercinta,” katanya.
Kedua-dua bakat baharu itu ditemui pada majlis pelancaran Perjanjian Kerjasama Strategik Universal Music Malaysia bersama L.Y Music Factory baru-baru ini. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur