Bayu Somerset Lancar Koleksi Raya #somerSYOKraya26 – Liza Hanim, Anzalna Nasir Antara Selebriti Gayakan Busana

Bayu Somerset, jenama fesyen past-forward yang dikenali dengan corak terang dan rona ceria, dengan bangganya memperkenalkan koleksi Raya 2026 mereka, #somerSYOKraya26 , sebuah perayaan warna, kreativiti dan keunikan diri. Pelancaran ini serentak dengan pembukaan outlet terbaharu Bayu Somerset di Central i-City, Shah Alam.

Koleksi Raya tahun ini menampilkan 50 corak unik, lebih lima siluet baharu, tujuh set keluarga serta tujuh rekaan mewah, direka dengan teliti untuk menaikkan gaya fesyen perayaan sambil kekal selesa untuk pemakaian harian.

“Bayu Somerset ialah penyatu harmoni Walaupun siluet kami berakar daripada warisan budaya Malaysia, warna dan corak yang kami tampilkan adalah moden dan berani. Menerusi tiga kolaborasi ini, kami menggabungkan tradisi dengan seni kontemporari, menghasilkan koleksi yang meraikan warisan dan gaya masa kini,” kata Ketua Pemasaran Bayu Somerset Dania Kamalul.

Menambahkan lagi seri pelancaran, Anzalna Nasir tampil anggun dalam Inara Kurung in Cempaka Puteh daripada koleksi Bayu Somerset x Arif Rafhan.

Sementara itu, Liza Hanim bersama anak perempuannya berkongsi momen Raya penuh kasih sayang dalam set kebaya Agnes Kotabaru sedondon rona Murni Blue dan Green, menyerlahkan tarikan mesra keluarga.

Liza bersama anaknya Masya Q ketika ditemui megakui teruja dengan persalinan jenama berkenaan yang disifatkan selesa digayakan sempena sambutan Hari Raya nanti.

“Kami anak beranak menang gemarkan potongan dan rona warna yang ditampilkan serta sesuai untuk digayakan oleh pelbagai lapisan usia,” katanya.

Marsya menambah, potongan dan gaya yang ditampilkan juga sesuai dengan dirinya yang bertudung serta mempunyai elemen edgy and moden.

Koleksi Raya #somerSYOKraya26 ditawarkan dalam saiz XXS hingga 5XL, dengan harga bermula RM99, boleh didapati di semua outlet Bayu Somerset di seluruh negara termasuk di outlet baharu Central i-City, serta secara dalam talian di www.bayusomerset.com. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *