Bukan roti LGBT lah, roti pelangi warna warni pembuka selera. Itulah tarikan utama Ugly Toast yang menjadi pelopor pertama memperkenalkan roti cantik ini.
Malah, roti cantik ini bukan hanya pada pandangan tetapi juga mencuri hati pada tekstur dan rasanya.
Lembut, gebu dan kelihatan amat cantik, roti pelangi berwarna warni Ugly Toast kini menjadi fenomena di kalangan ramai orang yang mencari kelainan dalam menyediakan makanan berasaskan roti.
Masakan tidak, dengan campuran pelbagai variasi warna yang ceria begitu, roti ini nampak begitu unik dan menyelerakan, malah ramai kanak-kanak, remaja dan wanita gemarkannya.
Tidak salah menggelarkan roti ini sebagai ‘the most instragrammable bread’ buat masa ini dan yang pasti ramai juga penggemarnya bergambar memadankannya dengan OOTD masing-masing.
Enak dimakan begitu sahaja atau divariasikan dengan kreativiti sendiri termasuk dimakan bersama ais krim dan coklat, roti berkenaan dikatakan memberi mood ceria kepada mereka yang menikmati keenakannya.
Walaupun mempunyai pelbagai warna, Ugly Toast menjelaskan pengguna tidak perlu bimbang kerana penghasilannya mematuhi standard pemakanan dan penggunaan bahan pewarna yang dibenarkan.
Tauke Ugly Toast, lebih mesra disapa Qid berkata, penerima roti itu diluar jangkaan dan dia gembira dengan sambutan yang diterima.
“Memang terharu, malah saya juga mendapat pesanan daripada rakan artis yang turut menyokong.
“Ugly Toast ialah idea selepas saya berfirkir apa yang paling best untuk dilakukan selepas mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya sebelum ini,” kata bekas wartawan hiburan dan berita ini.
Qid yang sentiasa positif, turut menyambut baik usahawan lain yang muncul dengan produk sama sepertinya.
“Dalam perniagaan, persaingan itu sihat dan saya percaya pada rezeki masing-masing,” kata penggemar Mariah Carey ini.
Gayah dah cuba memang best dan rasa muda. Kalau nak cuba boleh hubungi nombor di bawah dan apa kata intai media sosial mereka.
Instagram : ugly_toast
Facebook : Ugly Toast
Telefon: 0132410506 / 0179805485
You may also like
-
Brik Raikan Ulang Tahun Pertama – Perkenal 21 Beg Baru Pelbagai Warna
-
Precious Of Malaysia Ke Kota Paris – Istimewa Kehadiran Sultanah Nur Zahirah Di Malam Gala
-
Precious Of Malaysia Iktiraf Pereka Muda – Cabar Empat IPT Bersaing Dengan Pereka SebenarĀ
-
Terjemahan Patriotik Fazura – Lancar 12 Rekaan Tudung Khas Sempena Merdeka
-
Labur RM600,000 Lahirkan Liquffe – Nikmati Kopi Tanpa Bancuh