SHAH ALAM : Selalunya bila sebut kari kepala ikan, restoran Mamak pasti terlintas di fikiran. Kali ini, lain dari biasa.
Gayah berjaya jejaki restoran kari kepala ikan masakan orang Melayu yang tidak kurang hebatnya. Sedap? Pastilah, sehingga buatkan Gayah terkenang-kenang.
Meneruskan resipi turun temurun sejak berpuluh tahun dahulu digandingkan dengan teknik masakan ciptaan pemilik restoran ini membuatkan kari kepala ikan di Restoran D’Warees Resipi Kari istimewa.
Pemilik restoran, Ahmad Tarmizi Khalid dan Akmalzulaila Mohamad tidak lokek berkongsi resipi kepala ikan restoran itu yang diakui ramai berjaya mencuri hati dan selera mereka.
Ahmad Tarmizi berkata, ramuan utama ialah variasi air rebusan kepala ikan yang dimasak kari membuatkan hidangan yang mereka sediakan berbeza daripada biasa.
“Bila beberapa jenis kepala ikan dimasak bersama membuatkan air rebusan lebih sedap dan menambah rasa,” tambah Akmalzulaila suri hati Ahmad Tarmizi.
Pada Gayah rasa kari kepala ikan D’Warees tersendiri dan memberikan kepuasan setiap kali disuap ke mulut.
Ramuan rempah yang digunakan juga sekata dan secukup rasa sesuai dengan citarasa orang kita.
Setiap hari, D’Warees Resipi mampu menjual sehingga 50-70 ketul kepala ikan pelbagai jenis seperti Ikan Merah, Jenahak, Kerapu dan Mayong.
Selain daripada menu kari kepala ikan yang sentiasa menjadi pilihan di restoran mereka, terdapat menu-menu lain yang turut memikat selera.
Antaranya seperti Kari Kambing, Kari Daging Masak Lemak Nangka, Asam Pedas, Kurma Daging, Pajeri Nenas, Ulam-Ulaman serta Sambal Belacan dan banyak lagi.
Melengkapkan lagi kunjungan, D’warees Resipi turut menyediakan sajian kuih-muih Melayu seperti onde-onde, lepat dan sebagainya.
Senang cakap, jangan buang masa lekas ke Restoran D’Warees di TTDI Shah Alam (belakang stesen Petron) dan nikmati sendiri keenakan Kari Kepala Ikan yang terbaik.
You may also like
-
Brik Raikan Ulang Tahun Pertama – Perkenal 21 Beg Baru Pelbagai Warna
-
Precious Of Malaysia Ke Kota Paris – Istimewa Kehadiran Sultanah Nur Zahirah Di Malam Gala
-
Precious Of Malaysia Iktiraf Pereka Muda – Cabar Empat IPT Bersaing Dengan Pereka Sebenar
-
Terjemahan Patriotik Fazura – Lancar 12 Rekaan Tudung Khas Sempena Merdeka
-
Labur RM600,000 Lahirkan Liquffe – Nikmati Kopi Tanpa Bancuh