AMT 2025 Catat Lepasi 1 Juta Undian Rasmi – Impak Luar Biasa Sokongan Peminat 

Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) terus mencetus gelombang apabila jumlah undian rasmi kini melepasi angka 1 juta.

Ini bukan sekadar statistik, tetapi bukti nyata bahawa rakyat Malaysia benar-benar terlibat dan bersemangat dalam menentukan siapa yang paling layak dinobatkan sebagai ‘terhangat’ selepas sembilan tahun anugerah itu berehat.

Dalam era hiburan digital yang pantas dan dinamik, suara peminat bukan lagi sekadar sokongan, ia kini menjadi kuasa penentu sebenar dalam mengangkat figura paling berpengaruh.

Dengan 100% undian awam menerusi platform Tonton, AMT 2025 benar-benar digerakkan oleh kuasa rakyat.

Ia bukan hanya tentang siapa paling popular, tetapi juga tentang sejauh mana seseorang itu memberi impak, mencetus pengaruh dan membentuk budaya pop masa kini.

Dengan slogan Hangat Bukan Beshe-Beshe!, AMT 2025 menyediakan 12 kategori rebutan penggiat seni.

Kategori itu adalah Selebriti Drama Sangat Terhangat; Tonton Original Terhangat; Selebriti Ikon Terhangat Dikuasai Oleh Samsung Galaxy dan Selebriti Couple Goals Terhangat.

Turut diperkenalkan Selebriti Maskulin Terhangat; Selebriti Feminin Terhangat; Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat; Selebriti Trending Terhangat; Selebriti Stailo Terhangat dan Selebriti Newcomer Terhangat.

AMT 2025 turut memperkenalkan Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar anugerah paling utama adalah Anugerah Melodi Terhangat 2025.

Untuk mengundi, peminat hanya perlu melayari laman rasmi di www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat atau muat turun aplikasi Tonton di telefon pintar.

Jangan berhenti mengundi dan nantikan malam kemuncak yang penuh gemerlapan pada 3 Ogos 2025 nanti.

AMT 2025 akan dikendalikan Ain Edruce dan Fikry Ibrahim. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *