April 18, 2024

Suami Pesan Jangan Kena Tipu – Sarah

KUALA LUMPUR : Dalam diam, penyanyi Sarah Fazny rupanya ada menyimpan kisah sedih apabila menjadi mangsa keadaan setelah diberikan harapan. 

Bercerita kepada Gayah, Sarah memberitahu dia sebenarnya sudah beberapa kali berdepan dengan situasi ditawarkan watak dalam drama namun akhirnya nama digugurkan.

“Beberapa kali juga saya seolah dipermainkan, ditawarkan siap dapat skrip. Saya sudah pun hafal berepisod, Tiba-tiba produksi batalkan saat akhir dengan alasan saya kurang popular,” katanya.

Foto : Instagram Sarah Fazny

Namun, Sarah berkongsi dia gembira apabila terbaharu dirinya terlibat dgn penggambaran untuk drama Lagu Cinta Kita Muzikal.

Lebih bermakna, dia melahirkan rasa syukur kerana dapat bekerjasama di dalam telefilem arahan Raja Mukhriz.

“Alhamdulillah dengan peluang ini, saya berharap ia menjadi pembuka jalan untuk peluang berlakon yang lebih banyak lagi,” katanya.

Kongsi Sarah, dia juga beberapa kali ditipu apabila membuat persembahan kerana bayaran yang dijanjikan tidak sama dengan yang diterima.

Lantaran, dia yang baru mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zahieroun Zahid, 35, pada bulan lalu dinasihati suaminya agar berhati-hati.

“Suami pesan agar saya jangan mudah tertipu. Selain berlakon menyanyi pun sama. 

“Beberapa kali juga saya kena tipu. Janji jumlah lain, selesai nyanyi saya hanya dapat separuh dari bayaran yang di janjikan,” katanya.

Sarah atau nama sebenarnya Maishara Fazny, 26, mengakui beruntung mendapat suami yang faham kerjaya seninya dan memberikan sokongan penuh.

Bercerita mengenai kerjaya nyanyiannya, Sarah berkata dia sendiri kurang pasti apakah perkembangan termasuk berkaitan single terbaharu.

“Label dan pengurusan saya mungkin sibuk. Saya pun tak tahu nak kata apa. Saya selalu juga bertanya,” katanya.

Gayah pun nasihatkan Sarah supaya berhati-hati. Sarah ada bakat yang baik. Harap akan dapat satu lagu yang betul-betul sesuai untuk Sarah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts