Di suatu petang yang mendung kelabu tanda-tanda bakal turunnya hujan seminit dua lagi, Gayah dan seorang kawan sedang asyik minum teh tarik sambil menyedut udara segar kedai mamak di Shah Alam.
Kawan Gayah tiba-tiba memulakan bicara, ” Gayah, kau ambil la kereta Mercedes aku tu, tolong sambung bayar… Nanti bila dah habis bayar aku tukar la nama atas nama kau”.
Dengar je perkataan Mercedes, apa lagi berbunga-bunga kembang kempis laa hidung Gayah terbayangkan pakai spek hitam sambil memandu kereta mewah pulang kampung. Mesti jadi bahan berita makcik bawang sampai setahun ni.
“Akak, jual beli sambung bayar kereta ni salah ikut undang-undang.. yang sambung bayar kereta dia boleh kena ambil balik bila-bila masa, yang jual pun boleh kena hukum,” tiba-tiba suara dari kubur mana entah datang menyinggah.
Tersembur teh tarik Gayah mendengar suara ghaib tu. Bila pandang ke kiri nampak laa seorang jejaka tampan berjaket hitam sedang tersengih memandang ke arah kami berdua yang sedang terkedu seribu bahasa.
Jejaka tu perkenalkan diri, nama dia Syakirin seorang peguam di KL. Dia tarik kerusi dan memulakan bicara, katanya ramai yang tidak sedar sambung jual beli kereta ni amat berisiko kepada penjual dan juga pembeli.
Syakirin (sedap pulak nama tu) beritahu, pembeli rasa beruntung sebab tak perlu bayar deposit 10 peratus daripada harga jualan, hanya perlu bayar komitmen penjelasan hutang bulanan kepada bank saja.
TETAPI, kata Syakirin lagi, pembeli kena ingat kenderaan tu tetap berdaftar atas nama penjual walau apa pun terjadi termasuklah walaupun ada kontrak bertulis antara penjual dengan pembeli sambung bayar.
Hak milik kereta tu akan kekal pada penjual jika apa2 terjadi. Penjual berhak menuntut kereta itu kembali pada bila-bila masa.
“Kalau jadi apa-apa kat penjual macam meninggal dunia ke, hak milik kereta diwarisi keluarga penjual bukannya pembeli pun.
“Maknanya, hak milik kereta akan kekal pada penjual jika apa-apa jadi… Penjual ada hak tuntut balik kereta tu pada bila-bila masa,” kata Syakirin panjang lebar sambil memandang kami yang terkedu tak terkata-kata.
Syakirin beritahu kami lagi, kontrak yang ditandatangani dalam urusan sambung bayar tidak boleh dikuatkuasakan sebab bank biasanya letak syarat dalam kontrak pinjaman, pembeli tidak boleh jual kereta TANPA persetujuan mereka.
Dalam kontrak pinjaman tu, katanya dah wujud memberi kuasa supaya hak milik pemilik dipindahkan kepada bank sementara hutang bank masih tertunggak.
Ini namanya pembelian kereta secara sewa beli (hire purchase) oleh undang-undang.
Seksyen itu cakap, Setiap orang yang, melalui pelupusan atau penjualan mana-mana barang yang dirangkumi dalam sesuatu persetujuan sewa beli, atau melalui penyingkaran barangan tersebut, atau melalui kaedah-kaedah yang lain, menipu atau cuba menipu pemilik melakukan suatu kesalahan”.
Jadi dipendekkan cerita, peguam hensem ru beritahu, pemilik sebenarnya tidak ada hak nak jual kereta kecuali dia dapat izin daripada bank.
Siapa buat kesalahan tu (bab ni agak menakutkan) dia boleh kena denda maksimum RM30,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.(kawan Gayah dah buat muka ketaq)
“Jadi kontrak sambing bayar ni memang tak sah dari awal lagi.. Seksyen 24 Akta Kontrak 1950 pula kata, kontrak membabitkan sesuatu yang haram dari segi undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan.
“Kenderaan dalam persetujuan sambung bayar masih dianggap hak milik penjual. Jadi, kalau pembeli gagal bayar ansuran, penjual masih tanggung bank tertunggak ikut undang-undang.
“Lepas tu pulak, kalau pembeli kena saman bila guna kenderaan tu, penjual juga akan kena sebab dalam rekod atau geran kereta, penjual masih lagi pemilik. Kali ni Gayah tengok kawan Gayah dah berpeluh sakan.
Mungkin dah bosan tengok muka kami yang asyik melopong tu, Syakirin pun mintak diri. Katanya nak isi minyak moto. Aikk loyer pakai moto je ke.
Mata Gayah turut mengekori kepergian loyer kacak tu. woooww moto besaq rupenye. Syukurr sempat minta bisnes card dia tadi boleh ajak minum-minum lagi, Ehhh!
Maka pada hari itu hasrat berkobar-kobar Gayah nak pakai spek itam naik kereta Mercedes mula bertukar mendung, sama seperti cuaca kat luar. Kejap lagi hujan la tu…
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
FestStar Influencer by Puterabell Saji Hiburan Keluarga – Makan Serta Konsert Percuma
-
PMNI Lahirkan Pendakwah Bertanggungjawab Bukannya Jadi Selebriti – Seimbang Ilmu Dunia Akhirat
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran