Strim Viu Percuma Sepanjang Ramadan Raya Ini – Tawar Siri Drama Terbaik & Trending

GIT MEDIA: Sempena musim perayaan yang mulia, Viu, platform penstriman video OTT terkemuka, membawakan kempen Viu Together Gather yang menawarkan akses strim secara PERCUMA bagi pelbagai judul drama tempatan dan antarabangsa yang terpilih.

Antaranya ialah Jendela Hati – Konflik pengorbanan dan cinta antara Farah dan abang iparnya yang dibayangi rasa bersalah terhadap arwah kembarnya, Anggun Mikayla – Perjalanan seorang jurusolek mencari jati diri dan pengiktirafan ibu kandung di sebalik rahsia kelahiran dan Bidaah – Baiduri dan Hambali mula meragui ajaran sesat kumpulan Jihad Ummah dan nekad membongkar kebenaran demi menyelamatkan keluarga mereka.

Selain naskhah tempatan, penonton juga boleh menikmati pelbagai genre dari seluruh Asia secara percuma termasuk drama trending Descendants of the Sun, True Beauty, Fireworks of My Heart, Love’s Ambition, Love Between Lines, Taxi Driver 2, Perfect Family dan Bloody Flower.

Ke semua siri menarik ini oleh dinikmati secara percuma menerusi link https://www.viu.com/ott/my/ms/listing/302098/Strim-Percuma-Ramadan-ini

Viu menghargai kesemua pelanggannya dalam memeriahkan lagi sambutan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi menerusi seleksi hiburan menarik yang ditawarkan. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *