KUALA LUMPUR : Jenazah Allahyarham Fiza Kamarudin yang meninggal di kota London Jumaat lalu bakal diterbangkan pulang ke Malaysia hari ini.
Suami arwah, Mohd Roshdi Ramli memaklumkan jenazah akan berlepas pada 5 Januari 2024 dari London menuju ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MH0003.

“Insya-Allah dijangka akan tiba di KLIA pada 6 Januari 2024 pada pukul 0715 pagi.
“Jenazah akan dibawa ke Masjid Kg. Baru sejurus selesai urusan di KLIA untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Raudathul Sakinah, Taman Selasih, Jalan Kl-Karak,” katanya.

Mohd Roshdi memohon semua pihak terus mendoakan agar urusannya membawa pulang jenazah isteri tercinta dipermudahkan.
“Mohon terus doakan. Semoga dipermudah semua urusan. Al-Fatihah,” katanya.
Arwah Fiza disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak di Hospital Charing Cross, London, United Kingdom (UK) pada 28 Disember lalu. – GayahIsTyping
