Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang yang dikenali sebagai Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025 mensasarkan satu juta pengunjung sepanjang 33 hari berlangsung sejak hujung Februari lalu.
Penganjur yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn Bhd, Rayme Zainal berkata, jumlah itu mampu dicapai selepas bazar sama mencatat lebih 600,000 pengunjung tahun lalu.
“Kami yakin mampu menarik lebih ramai pengunjung pada kali ini yang akan berlangsung sehingga ke malam raya dengan kehadiran artis termasuk Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Kami juga akan membawakan artis popular lain seperti Nadeera Zaini, Ara Johari dan Aina Abdul selain bazar ini menawarkan pelbagai keperluan raya bawa satu bumbung,” katanya.
Lebih menarik, festival itu mencipta sejarah tersendiri apabila memperkenalkan lagu tema dan muzik video buat pertama kali sejak dianjurkan 13 tahun lalu.
Rayme berkata berkata pengenalan itu dibuat sebagai satu kelainan dalam memberi kesegaran kepada Anjung Syawal sekaligus menambah kemeriahan kepada orang ramai.
Beliau yang penyanyi memberitahu, ini kerana ia melibatkan dan sokongan golongan pempengaruh serta selebriti tempatan dalam menyemarakkan sambutan Aidilfitri sebagai peluang besar bagi mempromosi keunikan bazar itu.
“Kita tidak boleh menafikan
pengaruh selebriti dan pempengaruh di media sosial yang memainkan peranan penting dalam menyerikan Anjung Syawal.
“Justeru menerusi lagu dan video muzik, semuanya membantu menyampaikan
kemeriahan menyambut Ramadan untuk membuat persiapan Hari Raya nanti.
“Apabila gabungan lagu dan muzik tema dapat dipromosikan kepada orang, secara tidak langsung mereka akan tertarik untuk melawat datang ke Festival Ramadan Putrajaya 2025,”katanya.
Pada majlis itu, buat pertama kali diadakan pelancaran memperkenalkan lagu tema dan video muzik Anjung Syawal iaitu Raya Sebenarnya nyanyian duet Rayme bersama penyampai radio, Feeya Iskandar atau Cik Piah.
Turut diadakan pelancaran Anjung
Syawal@Yang Riang Raya bersama pempengaruh popular, Pinn Yang selain melibatkan golongan selebriti yang berniaga antaranya Shahz Jazle, Rezza Shah OIAM dan Ayie Floor88.
Bertemakan Memori Ramadan, Aspirasi Syawal, pelbagai aktiviti dan reruai akan dilaksanakan dengan konsep kali ini akan menonjolkan serta meraikan kekayaan budaya Melayu dan kesenian Islam yang menjadi tradisi turun temurun di negara ini.
Mengulas lanjut, Rayme yang pernah menyertai pertandingan realiti TV All Together Now pada tahun 2022 berkata, lagu tema Anjung Syawal berjudul Sebenarnya Raya ciptaan Choky Nainggolan dan lirik oleh Rayme Zainal yang disuntik dengan elemen pop
supaya mudah diterima oleh semua di mana mesejnya juga ringan tetapi selari dengan objektif untuk menyambut Aidilfitri.
Katanya yang popular dengan lagu-lagu seperti Andai dan Close To You menambah, muzik video lagu itu diadakan di Klang, Selangor di mana
penggambaraan hanya mengambil sehari sahaja susulan kerjasama baik pempengaruh dan selebriti.
“Tiadalah istilah syok sendiri sebagai penganjur untuk mengambil kesempatan menyanyi lagu tema ini namun penglibatan saya hanyalah sebagai antara momen penting dalam kerjaya seni.
“Lagi pun saya memang seorang penyanyi dan tugas saya bukan hanya menyanyikan lagu ini tetapi juga mempromosikan Anjung Syawal melalui
platform media sosial.
“Malah rakan duet iaitu Cik Piah juga seorang penyanyi berbakat besar. Walapun dia penyanyi namun lakonan dalam muzik menunjukkan dia seorang anak seni yang serba boleh,” katanya.
Lagu Raya Sebenarnya dimuatkan di dalam EP lagu raya berjudul Simfoni Anjung Syawal dan boleh didengari di semua digital platforms bermula 7 Mac 2025 manakala video muzik boleh ditonton bermula 28 Februari 2025 di
laman YouTube rasmi Rayme Zainal. – GayahIsTyping
You may also like
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Duo Pereka Fesyen Lancar Lagu Raya – Siti Nurhaliza & Aliff Syukri Sumber Inspirasi
-
3,000 Hadir Konsert Galau The Finale – Cipta Detik Bersejarah di Singapura