Sampai Bergaduh Untuk Pilih Lagu – Misha Omar Akui Teruja Persembahkan Konsert DiA Misha Omar

Penyanyi yang memiliki kemampuan vocal dengan penghayatan memukau, Misha Omar mengakui bukan mudah bagi dirinya dan pasukan terbabit membuat keputusan memilih lagu untuk dibawakan pada Konsert DiA Misha Omar yang bakal berlangsung di Mega Star Arena pada 29 November ini.

Pada masa sama, Misha mengakui teruja ntuk mempersembahkan konsert istimewa itu, sejak lebih dua dekad bergelar anak seni yang terus bertahan sehingga ke hari ini.

“Ya sampai bergaduh untuk pilih lagu, sampai saya diberikan ingatan bahawa ini bukan konsert terakhir saya, jadi ada lagu yang kena simpan untuk konsert mendatang.

“Yang pasti pemilihan lagu yang dibuat bukan kehendak saya seorang, sebaliknya membabit lima yang lain,” katanya pada sesi temu bual eksklusif bersama media baru-baru ini.

Akui penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu berkata, semua lagu sudah disusun dan dia akan memastikan penonton terpaku dengannya bermula lagu pertama sehingga ke yang terakhir.

“Lagu pertama hingga akhir ialah perjalanan kisah seorang Misha Omar dan saya yakin peminat boleh relate dengan susunan lagu serta persembahan yang mendapat sentuhan Hamzah Tahir.

“Saya tidak mahu konsert ini jadi sekadar persembahan. Saya mahu penonton larut dalam setiap lagu, seolah-olah mereka sedang berjalan bersama saya dalam mesin masa,” kongsinya penuh pengertian.

Menerusi DiA Misha Omar, ibu kepada dua cahaya mata itu mahu mengajak penonton menelusuri 23 tahun perjalanan kariernya dari Pulangkan, Sampai Bila, Nafas Cahaya hingga Break, karya terbaharunya yang menjadi simbol kelahiran semula.

Bagi Misha, konsert itu yang bakal berlangsung lebih dari sekadar persembahan justifikasi dirinya yang masih ampuh dalam koordinat industri seni, malah ia juga sebuah momen penghormatan kepada mereka yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanannya termasuk komposer yang nampak bakat pada dirinya iaitu Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan dan arwah Siti Sarah. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *