September 27, 2023

Alvin Guna Penerbit Sean Kingston

KUALA LUMPUR: Alvin Chong membuktikan dirinya komited dalam kerjaya nyanyian dengan kemunculan single terbaharu berjudul Tak Terganti.

Lebih istimewa, single berkenaan diterbitkan oleh penggubah dan penerbit rakaman antarabangsa dari Australia , Bryan B yang pernah bekerjasama dengan Sean Kingston.

Lagu itu juga hasil ciptaan Ariadinata, penyanyi kumpulan Samsons dari Indonesia yang pernah popular di Malaysia dengan lagu Kenangan Terindah dan Naluri Lelaki.

“Saya berharap lagu ini akan memberikan saya ruang untuk terus diterima dalam industri muzik tempatan dan mendapat sokongan peminat semua,” katanya.

Dia akui, nyanyian juga cabang seni yang diminatinya sejak kecil dan serius dalam bidang itu.

Tak Terganti yang diberikan suntikan elemen Pop-EDM ini, memiliki kekuatan melodi yang mesra telinga dan lirik yang mudah diingati.

Lebih menarik lagi, lagu yang mengangkat tema cinta ini turut menyaksikan vokal dan penyampaian Alvin semakin matang, sekaligus membezakan lagu ini daripada lagu-lagu Alvin sebelum ini.

Dengan kemunculan single terbaharu berjudul Tak Terganti, Alvin berharap ianya dapat menempatkan dirinya sebagai penyanyi lelaki bukan Melayu terunggul dalam persada muzik Melayu.

Single ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 17 Januari lalu.

Instagram Alvin Chin

Tak Terganti ialah single solo keempatnya dalam Bahasa Melayu selepas lagu Lagumu (2016), Mencintaimu (2017) dan Tajam (2018).

Gayah memang puji sikap Alvin yang sentiasa ramah dan merendah diri. Moga Alvin terus sukses.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts