Filem Paling Hangat Diperkatakan, Keluang Man Kini Di Astro First Filem aksi superhero OG pertama Malaysia yang hangat diperkatakan dan diperdebatkan tahun ini, Keluang Man kini menemui penonton di platform Astro First menerusi saluran 480 dan On Demand serta sooka bermula 10 Julai 2025.
Pelanggan Astro boleh menyaksikan filem ini di platform Astro First melalui saluran 480, atau On Demand dengan harga hanya RM15, manakala semua penonton Malaysia boleh menyaksikan filem ini di platform penstriman sooka dengan harga RM 15 berulang kali dalam tempoh 48 jam, di mana-mana mengikut keselesaan mereka.
Lebih istimewa buat penonton dan para pengumpul koleksi, Keluang Man di Astro First turut hadir dengan koleksi eksklusif menerusi ‘Keluang Man – Koleksi Kita Enjoi!’, yang ditawarkan dalam satu harga istimewa iaitu RM49. Untuk maklumat lanjut tentang koleksi ini, boleh dapatkan di akaun media sosial Astro First.
Menurut Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Keluang Man adalah langkah pertama dalam permulaan sebuah perjalanan yang lebih luas.
“Kami amat bersyukur atas sokongan yang diterima. Memandangkan filem ini hangat diperkatakan dan menjadi bualan ramai, kami ingin mengoptimumkan pengalaman menonton filem Keluang Man dengan membawanya ke platform Astro First.

“Ini juga adalah peluang terbaik buat mereka yang terlepas menonton di pawagam untuk menyaksikan sendiri cerita ini dan penonton boleh menikmatinya dalam suasana lebih santai bersama insan tersayang, pada bila-bila masa dalam tempoh 48 jam, dengan harga paling berpatutan.
“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan cerita superhero original pertama Malaysia ini terus dekat di hati penonton serta dikenali oleh penonton merangkumi dari semua latar,” katanya.
Keluang Man dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
Filem ini juga turut membariskan kemunculan istimewa oleh Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Fazzoq Muqris, Daniella Sya, Wahid Senario, Azlee Senario, Delimawati, A Galak, AG Hafiz, Razzuan Rosli, dan ramai lagi.
Lebih istimewa buat penonton dan para pengumpul koleksi, Keluang Man di Astro First turut hadir dengan koleksi eksklusif menerusi ‘Keluang Man – Koleksi Kita Enjoi!’, yang ditawarkan dalam satu harga istimewa iaitu RM49.
Untuk maklumat lanjut tentang koleksi ini, boleh dapatkan di akaun media sosial Astro First. – GayahIsTyping
