KUALA LUMPUR: Menjadi antara peserta yang paling konsisten dalam persaingan Gegar Vaganza Musim ke-9 (GV9), Shila Amzah mengakui ada gentar untuk cabaran konsert akan datang.
Bakal membawakan lagu hit Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu dendangan asal Ramlah Ram, Shila memilih untuk mengekalkan keaslian bunyi lagu ni yang dianggap lagu kayangan.
“Lagu ini Lagu Kayangan seperti istilah yang digunakan Tok Ram (Datuk Ramli MS),jadi saya takkan ubah secara total.
“Saya akan kekal accents lagu ini tapi pada masa sama untuk saya menyemai nada tinggi kak Ramlah memang susah,” katanya.

Dia bagaimanapun tidak menolak untuk menggunakan peluang menyampaikan lagu berkenaan untuk memperlihatkan kobolehan dalam membawakan nada rendah.
Diusik adakah dia akan mengenakan baju berbentuk hati dan berlampu, Shila tertawa.
“Ya, ada abang produksi dah pesan jangan lupa bateri kalau pakai baju lampu, nanti menangis tepi pentas,” katanya.
Mengenai namanya yang diakui antara peserta Top 3 GV9, Shila berkata hal itu sangat subjektif kerana semua peserta menunjukkan taring masing-masing setiap minggu.
“Susah untuk diperkatakan sebab saya dan kita semua pun nampak setiap peserta memberikan yang terbaik setiap minggu,” katanya merendah diri. – GayahIsTyping
You may also like
-
Abu Si Raksasa – Filem Kaiju Pertama Malaysia Kisah Cicak Salamander Bersaiz Raksasa
-
Azharina Azhar Angkat Lagu Gunung Kinabalu – Dedikasi Khas Lagu Patriotik Buat Malaysia
-
Sombr Muncul Dengan I Barely Known Her – Laluan Kerjaya Seni Makin Bergaya Calon MTV Video Music Award 2025
-
SocialCeleb Tidak Kompromi Soal Kualiti – Lifetelco perkenal platform pencarian bakat digital pertama di Malaysia
-
Ziana Sempat Teman Arwah Bapa Tidur – Amat Sedih Kerana Hilang Sepotong Doa