December 10, 2023

Kelly Azman Kalis Kecaman

KUALA LUMPUR : Alah bisa tegal biasa. Itulah yang paling tepat untuk menggambarkan Kelly Azman yang sentiasa menjadi perhatian netizen dengan tindakannya.

Terbaharu, dia sekali lagi menjadi bualan netizen selepas muncul sebagai juri mewakili netizen di program Mic On 2 di Awesome TV.

Kelly ketika ditanya berkata, dia hanya menjalankan tugas dan menyampaikan apa yang patut kepada peserta.

“Saya aktif dalam industri jadi saya sampaikan apa yang saya tahu dan lihat untuk mereka faham.

“Saya tengok sendiri peserta di rancangan realiti lain dan yang mana baik saya berikan contoh yang tidak saya berikan pesan,” katanya yang pernah muncul dengan Single No No No.

Ketika siaran Mic On lalu beberapa netizen mempersoalkan kredibiliti Kelly termasuk ada yang mendakwa tidak mengenalinya.

Mic On sebuah program realiti yang mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia nyanyian dengan bimbingan tiga pelawak iaitu Ropie, Fad Bocey dan Ajak.

Program ini turut dinilai tiga juri profesional iaitu Datuk Hattan, Datuk Awie dan Mas Idayu. Manakala Azwan Ali dan Issey Fazlisham selaku pengacara.

Kelly sebelum ini juga pernah menjadi seorang daripada 50 kiri dalam rancangan All Together Now Malaysia musim pertama. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts