KUALA LUMPUR: Seramai 2,000 pelajar bakal menerima sumbangan hasil kutipan melalui penganjuran Konsert Rossa: 25 Shining Years pada 2 November ini.
Penganjur konsert yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin), Datuk Aizuddin Mohd Ghazali berkata, kesemua pelajar itu sudah dikenalpasti oleh yayasan dan bantuan bakal disalurkan kepada mereka sebagai satu dari obejktif utama penganjuran konsert artis dari seberang itu.
“Kita sudah kenal pasti mereka yang layak dan akan salurkan kepada mereka dalam usaha membantu dalam hal berkaitan pelajaran. Ini antara fokus utama penganjuran konsert ini. Malah Datuk Seri Rossa sendiri maklum dan gembira dengannya.
“Ini antara faktor harga tiket yang dikenakan kepada pembeli dan Alhamdulillah sambutan yang diberikan sangat baik dan penjualan tiket juga memberangsangkan,” katanya.
Pada masa sama, Aizuddin juga mengesahkan konsert berkenaan akan berjalan seperti biasa walaupun beberapa persembahan berskala besar telah dibatalkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Rossa juga bakal menggayakan busana mewah khas buat peminat di Malaysia yang menjadi destinasi ketujuh dalam siri jelalah konsertnya itu.
Rossa mengakui, baju bernilai kira-kira RM235,000 sudah pun siap dan tiba dari Milan hanya menanti untuk digayakan pada konsertnya di ibu kota November ini.
Rossa, 43, berkata busana khas itu ditempah daripada pereka fesyen ternama antarabangsa, Iris Van Herpen. – GayahIsTyping
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Menangi RM25,000 Di Pantai Timur Food Festival
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu